Di Amerika Syarikat, ketum atau lebih dikenali sebagai "kratom" boleh dikatakan agak baru di sana. Namun ianya telah lama digunakan di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Malaysia. Ketum atau kratom, adalah istilah yang digunakan di mana tumbuhan ini mempunyai nama saintifiknya sendiri iaitu Mitragyna speciosa. Di sesetengah kawasan di Malaysia, Pokok ketum dipanggil sebagai pokok Biak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Daun ketum biasanya digunakan sebagai perangsang (stimulasi otak) atau penenang, bergantung kepada jumlah yang diambil. Walupun penggunaan ketum di Malaysia sudah berleluasa, namun penggunaannya baru-baru ini merebak di AS atas sebab dakwaan bahawa ia adalah sah dan tak dapat dikesan.

pokok biak

Bagi mereka yang tidak mahu ditangkap dalam ujian darah di tempat kerja atau dalam ketenteraan, mereka ini lebih tertarik dengan ketum kerana ia tidak dikesan dalam ujian dadah. Agak sukar mengenalpasti penagih ketum sebab itulah ianya menjadi alternatif kepada dadah lain seperti syabu dan ganja.

Ketum amat terkenal di utara tanah air. Kebiasaannya air ketum yang dijual di negeri-negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur mengambil 'stok' ketum dari negeri utara Malaysia. Ini kerana di kawasan utara Malaysia masih banyak kawasan-kawasan terpencil yang memudahkan sesetengah orang yang ingin mengaut keuntungan untuk menternak ketum. 

Kesan penggunaan ketum

budak muda remaja sedang minum air ketum

Penggunaan daun ketum memberikan kesan yang berbeza mengikut jumlah. Namun ini hanyalah kesan berdasarkan jenis air ketum yang direbus kosong sahaja, bukan yang dicampur dengan bahan-bahan merbahaya yang lain. Garis panduan adalah seperti dibawah:

  • 2 hingga 6 gram rebusan daun ketum menyebabkan ransangan otak atau stimulasi otak.
  • 7 hingga 15 gram daun menyebabkan kesan ransangan keseronokkan (untuk sesetengah orang)  dan boleh menenangkan perasaan (bagi sesetengah orang)
  • 16 hingga 25 gram daun memberi kesan tenang yang lebih ketara dan fungsi otak menjadi sedikit perlahan atau lembab.
  • 26 hingga 50 gram menyebabkan kesan tenang dan seronok yang amat ketara, juga boleh menyebabkan halusinasi dan khayalan.

daun ketum disusun

Dari satu pengambilan ketum kepada pengambilan yang lain, rasa 'kick' ketum boleh berubah-ubah. Dengan ini, pengguna mungkin akan menambah dos dari kebiasaan. Sebab itulah garis panduan yang disebutkan tadi bergantung kepada individu dan tahap keketuman mereka sama ada 'hardcore' ketum ataupun 'noob' ketum.

Ia biasanya dijual dalam bentuk air, daun segar, dan daun kering. Ada juga yang menjual air ketum kosong dan air ketum yang sudah dicampur bahan-bahan yang lain. Ini yang amat menakutkan sekali. Kalau anda tanya pada penagih ketum apa yang dimasukkan lagi dalam air ketum yang diminum mereka? Pasti mereka sendiri tak tahu. Di Amerika, kratom juga dijual dalam bentul pil dan serbuk teh.

Simptom pengambilan air ketum

cara rebus ketum

Dos rendah:

  • Meningkatkan kepekaan, meningkatkan tenaga
  • Banyak bercakap, menjadi ramah dan tahap sosial yang tinggi
  • Mampu menguruskan kerja-kerja yang membosankan lebih daripada biasa
  • Bagi sesetengah orang, mungkin akan berasa gelisaah dan gugup

Dos tinggi:

  • Ketidakpekaan terhadap kesakitan fizikal atau emosi
  • Anak mata menjadi kecil
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gatal
  • Berpeluh
  • Lesu
  • Mengantuk secara tiba-tiba

Dos ketum yang berlebihan:

  • Khayal
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Gementar
  • Tingkah laku agresif
  • Paranoid
  • Mual yang teruk

gambar air ketum

Tanda-tanda pengambilan ketum

Kesan pengambilan ketum terhadap badan seseorang sangat cepat, kira-kira 10 minit selepas dihadam dan boleh bertahan sehingga 4 jam atau lebih, dos yang berlebihan akan bertahan lebih lama. Ketum boleh dimakan, diminum seperti yang biasa kita dengar dan juga dihisap (balut macam rokok daun).

Terdapat juga tanda-tanda dan gejala penyalahgunaan ketum yang lebih serius selain sekadar meransang stimulasi otak, lembab dan halusinasi. Sesetengah pengguna dilaporkan mengalami psikosis, termasuk halusinasi tempoh lama, agresif, mudah bermusuhan, kuat membenci orang lain dan menjadi keliru dengan pemikiran sendiri.

budak muda remaja lelaki sedang stim minum ketum

Bagi ibu-bapa yang ingin mengetahui sama ada anak mereka menagih ketum atau tidak, perhatikan mata mereka. Kebanyakan penagih ketum akan mengalami masalah mata berair dan selalu menguap walaupun di siang hari.

Selain itu, ada juga yang mengatakan penagih ketum yang sudah biasa jadikan ketum rutin harian mereka akan mengalami sakit sendi sekiranya tidak minum ketum atau dalam erti kata lain, tidak 'topup' ketum ke dalam badan mereka.

Penggunaan jangka panjang kratom juga boleh menyebabkan kehilangan selera makan, kehilangan berat badan yang ketara, dan juga anoreksia. Namun bagi ibu bapa yang terlihat simptom ini pada anak mereka, janganlah tuduh melulu. Cuba selesaikan dengan baik.

Situasi ketum kini tidak terkawal

Banyak dilaporkan oleh doktor-doktor di Malaysia, kebanyakan penagih ketum akan mengalami masalah buah pinggang. Jadi sekiranya anda adalah penagih ketum, berusahalah untuk berhenti kerana air ketum yang anda minum itu pun anda tak pasti bahan apa lagi telah dicampur sekali.

bahan campuran dalam air rebusan ketum

Peniaga ketum mestilah mahu untung, pastilah mereka gembira sekiranya anda (client mereka) menjadi ketagihan dan mengulang pesanan lagi. Ditambah pula kalau pokok ketum ini dijangkiti Salmonella. Bukankah lagi teruk kesannya kepada anda? Inilah masalah ketum di Malaysia, tiada penyelarasan dan tiada lagi badan yang mengawal ketum. 

Disebabkan kesan-kesan dan penyalahgunaan ini, ketum diharamkan di beberapa buah negara termasuklah Thailand dan juga Malaysia. Namun ketum masih ada kebaikannya berdasarkan kajian RISDA seperti video di bawah ini.

Rujukan:

1. Narconon

2. American Addiction Centers

3.Drug Abuse




Hakcipta iluminasi.com (2017)