Ramai mengetahui bahawa virus yang paling berbahaya dan boleh membawa maut ialah Human Immunodeficiency Virus atau lebih dikenali sebagai HIV. Virus HIV ini pula boleh menjurus kepada penyakit yang lebih berbahaya iaitu Acquired Immunodeficiency Syndrome atau lebih dikenali sebagai AIDS. Penyakit ini boleh menyebabkan sistem imunisasi di dalam tubuh kita gagal berfungsi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Virus HIV ini menunjukkan tanda-tanda yang agak lambat, sekitar satu atau dua bulan selepas dijangkiti. Sekitar 40-90 peratus pesakit hanya mengalami tanda seperti terkena selsema biasa sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah kes virus HIV yang dilaporkan lambat menunjukkan gejalanya sehingga bertahun-tahun kemudian.

Maka, amatlah penting untuk anda melakukan pemeriksaan berkala jika pernah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan atau mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan berkongsi jarum suntikan. Berikut kami kongsikan 10 tanda awal jika seseorang itu dijangkiti virus HIV.

1. Demam yang berpanjangan

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv demam berpanjangan

Salah satu tanda yang akan dialami adalah demam ringan yang kerap disertai dengan gejala ringan lain seperti keletihan. Pada saat ini, virus tersebut sudahpun memasuki dalam aliran darah dan mula berkembang dalam jumlah yang besar. Ini akan menyebabkan adanya reaksi inflamasi (radang) pada sistem imunisasi tubuh.

2. Keletihan

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv letih lesu

Tindak balas yang terhasil apabila sistem kekebalan tubuh mula melawan virus ini boleh membuatkan anda berasa letih dan lesu. Bahkan, jika melakukan aktiviti ringan sekalipun anda akan merasakan keletihan yang amat sangat.

3. Sakit kepala dan kerongkong

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv sakit kepala

Penghidap virus HIV juga akan merasakan gejala lain seperti sakit kepala dan disertai dengan sakit di bahagian kerongkong. Tambahan lagi, pesakit juga akan merasa sakit di bahagian mulut dan mungkin di bahagian kelamin.

4. Mengalami rasa mual, muntah dan cirit-birit

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv muntah mual

Dilaporkan sekitar 30 hingga 60 peratus penghidap virus HIV akan mengalami rasa mual, muntah dan cirit-birit dalam jangka waktu yang singkat. Namun begitu, gejala ini juga mungkin terhasil akibat kesan dari terapi atau perubatan.

5. Mengalami penurunan badan yang ketara

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv berat badan turun

Penurunan berat badan yang ketara biasanya berlaku kepada penghidap virus HIV. Ini kerana kesan daripada muntah dan cirit birit yang dialami mereka serta kurang selera makan. Apabila penurunan berat badan berlanjutan untuk jangka panjang, ini bermakna sistem imunisasi di dalam tubuh mereka hampir habis.

6. Banyak berpeluh pada waktu malam.

ujian saringan hiv

Hampir separuh daripada penghidap virus HIV mendapati bahawa badan mereka akan mengeluarkan peluh yang banyak pada waktu malam. Keringat peluh yang keluar itu tidak ada kaitannya dengan aktiviti lasak atau sukan. 

7. Mengalami batuk kering yang berpanjangan

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv batuk kering

Batuk yang disertai oleh selsema dan demam mungkin adalah perkara biasa dialami oleh kebanyakan orang. Bagi penghidap virus HIV pula, mereka biasanya akan mengalami batuk kering yang sukar untuk sembuh. Ini adalah petanda bahawa jangkitan virus ini sedang meningkat. Ubat batuk biasa yang diberikan oleh doktor juga sukar menyembuhkan keadaan itu.

8. Mengalami perubahan pada kuku

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv kuku hitam

Tanda lain yang berlaku pada penghidap virus HIV tahap akhir adalah terjadi perubahan pada kuku. Antara gejalanya adalah seperti kuku menebal, melengkung, terpisah dari isi jari dan berubah warna. Biasanya kuku yang putih akan bertukar menjadi kehitam-hitaman atau adanya garis coklat pada kuku. Keadaan ini berpunca daripada jangkitan kulat pada kuku akibat kerosakan sistem imunisasi badan.

9. Mengalami rasa kebas

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv kaki tangan kebas

Bagi penghidap virus HIV yang berada pada tahap kronik, biasanya tangan dan kaki mereka akan mengalami kebas dan kurang deria rasa. Hal ini juga disebut dengan neuropati perifer yang biasanya terjadi kepada pesakit kencing manis yang kronik.

10. Berasa sukar untuk menumpukan perhatian

10 tanda anda mungkin dijangkiti virus hiv sukar fokus

Pada peringat akhir jangkitan virus HIV, penghidap akan mengalami masalah sukar untuk menumpukan perhatian. Mereka juga akan mengalami masalah psikologi seperti mudah berasa emosi atau tersinggung. Jika berterusan, kawalan motor juga akan merosot sehingga menyukarkan aktiviti harian yang mudah seperti menulis menggunakan tangan.

Sebaiknya-baiknya, anda perlulah menghindari segala aktiviti tidak sihat yang boleh menjurus kepada jangkitan virus HIV ini. Amalan gaya hidup yang baik dan aktiviti bermanfaat juga boleh menyihatkan tubuh anda. Jika anda positif bahawa anda mempunyai tanda dan gejala jangkitan virus HIV ini, segeralah mendapatkan nasihat dan rawatan doktor pakar agar tidak terkena pula penyakit AIDS.




Hakcipta iluminasi.com (2017)