Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Kosmo Online

Jalan utama Sungai Koyan ke Cameron Highlands terganggu berikutan tanah runtuh yang diyakini disebabkan hujan berpanjangan semalam.

Namun, tiada sebarang laporan kemalangan jiwa dan kerosakan harta menerusi insiden sekitar jam 2.30 petang itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris, insiden tersebut mengakibatkan hampir sebahagian jalan yang dianggarkan sepanjang 50 meter mengalami runtuhan.

Tetapi, laluan ke Cameron Highlands terbabit masih dibuka dan boleh digunakan oleh kenderaan menerusi satu lorong.

Pihak polis juga telah menyediakan papan tanda amaran dan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.

Jelas Mohd Zain lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berwaspada dengan kebarangkalian berlakunya runtuhan yang lebih besar.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)