Gambar sekadar hiasan
Seramai 3 pekerja kontrak disahkan cedera menerusi insiden kebocoran gas di bilik janakuasa di aras bawah tanah sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, petang semalam.
Kesemua mangsa mengalami sesak nafas setelah 12 tabung karbon dioksida (CO2) bocor dan meletup semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan substesen eletrik di tempat letak kenderaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPM KL), Khirudin Drahman memberitahu, menerusi insiden 3.52 petang itu, pihaknya yang sampai di tempat insiden 10 minit selepas itu, mendapati salah seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan 2 mangsa lain mengalami sesak nafas.
“Sewaktu kejadian tiga pekerja itu diarahkan untuk menukar tabung gas karbon dioksida di tempat kejadian,” ujarnya kepada Bernama.
Sumber foto: Kosmo Online
Tambah beliau, berikutan insiden itu, sepasukan ahli Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) serta 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Jalan Tun Razak bergegas ke tempat insiden.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kerana menghadapi masalah sesak nafas.
Sumber berita:
1. Bernama
2. Mynewshub
3. Kosmo Online