Oleh pada 03 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak 

Sejak dua minggu lalu, berita keretakan rumah tangga Datuk Seri Vida menjadi tular sehingga ada yang mendakwa pasangan tersebut telahpun bercerai. 

Bagaimanapun ketika ditemui di festival jualan Mood Republik, Vida enggan mengulas lanjut. 

Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua. Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi.

Sumber: BH Online

Vida hadir pada acara tersebut ditemani anak-anaknya, tanpa kehadiran suami, Fairuz Ahmad Zainuddin. 

Dalam perkembangan lain, Vida memberitahu beliau kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya, selain dalam perancangan untuk memiliki saluran televisyen sendiri. 

Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang. Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah.

Sumber: BH Online

Untuk info, perkahwinan Vida dan Fairuz merupakan perkahwinan ketiga usahawan selebriti tersebut. Pasangan ini bernikah sejak tiga tahun lalu iaitu pada Januari 2014. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)