Kredit foto: Instagram @sherry_alhadad & Instagram @zonlawak
Pengacara Sherry Alhadad bakal bergandingan dengan Nabila Huda dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bagi menggantikan tempat Nabil Ahmad sebagai hos.
Sherry berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira ketidakserasian antara Nabil dan Nabila sebagai rakan gandingan.
“Pada pendapat saya kerana nama mereka begitu sama Nabila Huda dan Nabil Ahmad, keserasian mereka mengalami gegaran,” katanya memetik laporan portal Astro Gempak.
Namun para peminat janganlah mengambil serius kerana ia hanyalah gurauan Sherry untuk mengusik pengacara Meletop itu.
Kredit foto: Instagram @sherry_alhadad
“Dorang tak boleh serasi jadi saya sarankan kita buang Nabil dan kita ambil Sherry dan Nabila Huda, kan serasi, gabungan itu sangat bagus,” katanya dalam sebuah video rakaman program Ria X.
Sherry dan Nabila akan bekerjasama sebagai pasangan hos dalam pertandingan realiti komedi itu yang ke udara setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna, dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Difahamkan, Nabil tidak dapat melaksanakan tugasannya kerana mempunyai komitmen mengacarakan konsert Ceria Megastar Ministar peringkat akhir yang diadakan pada waktu sama.
Peserta yang masih kekal dalam persaingan MLS ialah kumpulan Uni, Botak, Jborn, Voices, Newboh dan Titans.
Manakala kumpulan Heart dan Wasap terpaksa akur selepas menjadi mangsa penyingkiran minggu lalu.
MLS diadili format pemarkahan 50% daripada barisan juri tetap yang terdiri daripada penyanyi Altimet dan Datuk Awie, bersama pelakon Nora Danish.
Manakala 50% lagi ditentukan menerusi undian penonton.
Sumber:
2. Laman Rasmi Muzikal Lawak Superstar