Oleh pada 24 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Di ketika ini, timbul desas-desus mengatakan pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad bakal menamatkan kerjayanya sebagai hos program infotainment itu.

Kononnya pelawak dan pengarah ini mengundur diri atas kehendaknya sendiri.

Namun, kepada Harian Metro, Nabil yang juga pemilik syarikat produksi Nabil Ahmad Production itu mengakui baru sahaja mengikat kontrak baharu sehingga tahun hadapan.

“Tidak pernah pula dengar tempat saya akan digantikan pengacara lain untuk musim baru, sebabnya kalau benar pihak produksi mahu pengacara lain, saya sudah boleh tahu,” katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa dirinya ingin memberi tumpuan penuh dalam bidang penerbitan dan kendalian program agama, Nabil berkata, ia tidak nempunyai kaitan dengan perubahan yang berlaku membabitkannya sekarang.

tinggalkan meletop ini penjelasan nabil ahmad 2

Kredit foto: Instagram Nabil

“Perubahan diri itu berlaku kepada setiap orang dan ia tiada kaitan dengan kerja. Lagipun mengendalikan MeleTop bukanlah membebankan sangat bagi saya.

“Tambahan pula saya dan MeleTop sudah sangat sinonim jadi mengapa saya harus meninggalkan program itu,” katanya.

Apatah lagi, kata Nabil, hubungan kerjanya dengan pihak produksi tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang kerjasama itu berlangsung.

Malah, katanya, produksi seringkali berdepan kesukaran untuk mendapatkan penggantinya ketika tidak dapat hadir atas urusan tertentu.

“Jadi mengapa pula saya mahu meninggalkan MeleTop atau mereka mahu mencari pengganti saya. Sekarang ini pun apabila saya bercuti, pihak produksi bermasalah mencari pengganti. Begitulah situasinya betapa saya dan MeleTop terlalu sinonim,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)