Selepas saling tidak mengikuti di laman Instagram, pelakon Mimi Lana mengesahkan hubungan cintanya dengan aktor Syafiq Kyle putus sejak sebulan lalu.
Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, turut mendedahkan punca hubungan itu berakhir yang dikatakannya berpunca daripada ketiadaan persefahaman selepas lima tahun bersama.
"Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.
"Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka... Anggap sahaja kami tiada jodoh," katanya memetik laporan BH Online.
Terdahulu, pasangan ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu, lantas mencetuskan spekulasi di kalangan warganet.
Sementara itu, pelakon drama Chandelier ini tetap meluahkan rasa sedih walaupun dia adalah individu yang bertindak memutuskan hubungan terbabit.
Baca: Biodata Pelakon Syafiq Kyle
Baca: Biodata Pelakon Mimi Lana
Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle
"Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.
"Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.
"Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.
"Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya," katanya.
Biarpun begitu, Mimi akui masih terbuka untuk bekerjasama dengan Syafiq dalam mana-mana produksi drama kerana ingin mengekalkan sikap profesional sebagai seorang selebriti.
Sumber berita: Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta