Oleh pada 04 Jun 2017 kategori

Kredit foto: mforum.cari.com.my 

Baru-baru ini timbul kisah yang kurang enak tentang suami kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Azza iaitu Azlan, 30.

Dengar khabar ramai yang bersimpati dengan nasib Azza yang telahpun berusia 39 tahun dan memegang status isteri, namun dilihat berhempas pulas menjalankan perniagaan beliau demi menyara kehidupan rumah tangganya.

Apa yang menjadi persoalan ramai, di manakah peranan Azlan sebagai suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah. 

Menjawab isu tersebut, Azza tampil memberikan penjelasan.

suami dipersoal ramai akhirnya azza elite tampil dengan kenyataan rasmi 2

Kredit foto: Instagram Azza Elite 

Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi. Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan. Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ.

Sumber: Mstar

Tambah Azza, sebagai isteri dia sentiasa bersedia untuk keluar bekerja bersama-sama suaminya memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)