Apabila berlangsungnya pertemuan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara berlaku baru-baru ini, ramai orang yang berbincang sama ada ia akan mengakhiri Perang Korea yang bermula pada tahun 1950 hingga 1953.

Walaupun permusuhan itu telah berakhir sejak 65 tahun yang lalu tetapi tidak ada sebarang perjanjian perdamaian yang ditandatangani. Malah, beberapa kejadian keganasan telah berlaku antara Korea Utara dan musuhnya iaitu Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia adalah sesuatu yang tidak diingini ramai terutamanya pada zaman moden ini di mana Perang Dunia telah lama berakhir. Namun, tahukah anda bahawa terdapat perang saudara yang berlangsung dan tidak pernah berakhir "secara rasmi" selama 2500 tahun?

Sejarah Peperangan Peloponnesia

perang athens dan sparta

Peperangan saudara yang dimaksudkan itu ialah Peperangan Peloponnesia yang berlaku pada tahun 431 hingga 404 SM antara dua negeri Greek iaitu Athens dan Sparta. Ia merupakan zaman yang sangat penting dalam sejarah dunia.

Peperangan Peloponnesia ini telah dilancarkan antara Liga Delian yang diketuai oleh Athens terhadap Liga Peloponnesia yang diketuai oleh Sparta. Ahli sejarah telah membahagikan perang ini dalam tiga fasa iaitu:

  • Fasa Pertama - Perang Archidamia, di mana Sparta melancarkan serangan ke atas Attica sementara tentera laut Athens menyerang pantai Peloponnese. Ia berlangsung selama 10 tahun dan tamat pada 421 SM setelah perjanjian Peace of Nicias ditandatangani.
  • Fasa Kedua - Athens menghantar pasukan ekspedisi yang besar untuk menyerang Syracuse, Sicily pada tahun 415 SM. Serangan itu gagal dan berakhir pada 413 SM.
  • Fasa Ketiga - Dikenali sebagai Perang Decelean atau Perang Ionia. Pada waktu ini Sparta menerima sokongan daripada Empayar Achaemenid dalam pemberontakan yang berlaku di negara-negara jajahan Athens di Laut Aegean dan Ionia. Kekalahan armada Athens dalam Pertempuran Aegospotami telah mengakhiri peperangan ini.

trojan

Athens yang merupakan negara semi-demokratik ini telah meminjamkan begitu banyak idea-idea kepada Rom dan tamadun barat moden secara keseluruhan. Manakala Sparta pula adalah negeri ketenteraan profesional yang tidak ada tolok bandingnya di medan perang pada masa itu. Mereka telah berperang untuk mengawal Greece dan Basin Mediterranean Timur. 

Apabila perperangan besar ini tamat, "Zaman Emas" Athens juga telah berakhir. Begitu juga dengan kawalan Sparta terhadap semenanjung Greek dan persekitarannya. Ia juga berakhir tidak lama selepas itu.

Ketika Peperangan Peloponnesia itu sedang berlangsung, Athens telah dilanda oleh wabak disebabkan oleh pengepungan yang dilakukan oleh tentera Sparta. Kota Athenia yang indah itu dicemari oleh penyakit, kebuluran dan kemarau yang teruk. Penduduk Athens melompat kegembiraan apabila pemimpin kedua-dua negeri itu bersetuju untuk mengakhiri perang.

Bersetuju untuk berdamai

theramenes

Thucydides yang terkenal kerana menulis mengenai Peperangan Peloponnesia memberitahu bahawa duta Sparta telah memberikan syarat penyerahan kepada duta Athens. Pada keesokan harinya, duta-duta Athens telah membentangkan syarat-syarat yang ditawarkan oleh Lacedaemonia (Sparta) untuk berdamai di hadapan Dewan Undangan.

Theramenes menjadi wakil bagi duta-duta itu menggesa agar pemerintahan Athens mematuhi tawaran Sparta dan meruntuhkan tembok mereka bagi mengakhiri kebuluran dan kematian akibat wabak.

Walaupun ada ahli Dewan Undangan yang tidak bersetuju dengan Theramenes, jumlah yang jauh lebih besar menyokongnya. Mereka akhirnya bersetuju untuk berdamai. Namun, tiada perjanjian rasmi yang ditandatangani atau rekod mengenainya yang pernah dijumpai.

Golongan bangsawan Athens telah mengundi untuk mengakhiri perang yang berlangsung selama 27 tahun itu. Akibat peperangan itu, kedua-dua negara telah hancur dan tidak pernah sama seperti sebelumnya lagi.

perang peloponnisia

Zaman kemuncak tamadun manusia telah berakhir di Athens. Kekuatan ketenteraan Sparta berada pada kemuncak tetapi tidak lama selepas itu mula menurun. Manakala di kawasan pergunungan utara Greece, satu kuasa baru telah muncul. Kuasa baru yang dimaksudkan ini ialah Macedonia.

Di bawah raja-raja Archelaus, Amyntas III dan anaknya Philip II, Macedonia perlahan-lahan menjadi kerajaan yang paling berkuasa di Mediterania dan salah satu paling berkuasa di dunia. 

Di bawah pemerintahan anak kepada Philip iaitu Alexander III, Macedonia buat seketika waktu telah menjadi empayar paling berkuasa di Eropah dan Timur tengah. Perkara ini sedikit sebanyak dibantu oleh kekalahan Athens dan ketenteraan Sparta yang semakin lemah semasa Peperangan Peloponnesia. 

Berakhirnya perang selama 2500 tahun secara rasmi

dimitris avramopoulos datuk bandar athens

Dimitris Avramopoulos, Datuk Bandar Athens

Pada tahun 1996, kedua-dua Datuk Bandar Athens dan Sparta telah memutuskan bahawa peperangan yang telah berlaku selama 2,500 antara mereka harus berakhir. Masyarakat Yunani di Greece dan masyarakat Yunani di Diaspora memberitahu bahawa terdapat banyak perbezaan antars penduduk Athens dan Sparta sehingga hari ini.

Perkara seperti ini berlaku dan akan terus menjadi persaingan yang tidak jelas dalam membanding-bandingkan warisan sejarah mereka. Akhirnya, Athens dan Sperta telah bersetuju untuk menamatkan perang paling lama di dunia ini secara rasmi.

Pada 12 Mac 1996, jurucakap Athens iaitu Vassilias Tayagas mengumumkan bahawa "Tahun ini menandakan berakhirnya Perang Peloponnesia yang berlangsung selama 25 abad. Perjanjian damai yang simbolik ini adalah cara untuk kami memperingati bagaimana penghujung persengketaan ini".

Rujukan:

1. Livius

2. Random Times

3. UPI




Hakcipta iluminasi.com (2017)