Kredit foto: Instagram Sofi Jikan
Aktor Sofi Jikan akui berasa terkejut dengan dakwaan yang mengatakan dirinya ditahan polis kerana terlibat dengan ganja.
Berita palsu itu tersebar di media sosial sejak dua hari lalu.
Menurut Sofi, dia hanya mendapat tahu perkhabaran tersebut apabila sabahatnya mengirimkan foto kad pengenalan dan lesen memandunya bersama daun kecil yang dipercayai adalah ganja. Foto tersebut menjadi tular di laman sosial.
Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis. Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu.
Kredit foto: Harian Metro
Sofi turut berharap individu yang menyimpan kad pengenalan dan lesen memandunya segera memulangkan dokumen berkenaan kepada pihak berkuasa.