Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

Kredit foto: azhan.co & Mstar

Pelawak Fikry Ibrahim hanya ketawa besar apabila diusik dengan kenyataan penyanyi Siti Nordiana tentang gandingan mereka dalam telefilem Cekelat Semanis Honey.

Menurut Fikry, setiap kali mereka berlakon dengan menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ dan ‘awak, dia berasa kelakar hingga tidak mampu menahan ketawa.

Kalau dia nak muntah, saya pula memang tak boleh nak tengok muka dia langsung! Sumpah, saya asyik nak ketawa saja. Memang kekok, sebab selama ini saya panggil dia ‘Kak Nana’, tiba-tiba kena bercinta pula. Nasib dia tahu mengawal saya.
Sumber: Astro Gempak

Sebelum ini, Siti Nordiana atau Nana dalam nada jenaka menerusi kenyataannya memberitahu dia berasa ingin muntah ketika berlakon babak romantik bersama Fikry.

Mengulas kecaman netizen terhadap gurauan penyanyi lagu Terus Mencintai itu, Fikry berkata, dia kesal kerana kata-kata Nana diambil serius oleh sesetengah pihak.

Rileks lah... dia bergurau saja. Saya sendiri pun tak kisah, kenapa orang lain perlu perbesarkan isu tersebut? Macam kita bergurau dengan kawan-kawan di kedai kopi atau adik-beradik kita lah kan... benda biasa sahaja tu.
Sumber: Astro Gempak

Mengenai perkembangan terbaru pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu, dia kini menyertai kumpulan King Musang dalam musim terbaru Super Spontan Superstar 2017.

Program tersebut akan mula bersiaran pada 8 September ini, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)