Kredit foto: klick.my & tv14.my
Aktor Fikry Ibrahim enggan lakonannya dalam drama melibatkan gandingan pelakon wanita yang sama pada masa akan datang.
Tegas pelakon berusia 23 tahun itu, dia tidak mahu dikatakan menumpang populariti pelakon lain.
Malah kekerapan gandingan yang sama akan memberi kesan buruk kepada penerimaan peminat apabila dia menerima tawaran bekerja dengan heroin lain.
Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim
Kalau boleh saya tidak mahulah kerap digandingkan dengan pelakon wanita yang sama saja walaupun peminat suka melihat keserasian kami. Nanti orang cakap saya asyik nak tumpang populariti pelakon tersebut pula dan takut ada peminat tak boleh terima saya dengan orang lain. Jadi, saya nak cabar diri dengan bergandingan bersama pelakon yang berbeza.
Sumber: Mstar
Terdahulu, kemunculan pertama Fikry sebagai teraju utama bersama Siti Nordiana dalam telefilem Cekelat Semanis Honey mendapat maklum balas positif daripada penggemar drama tempatan.
Tak kurang, ada juga yang membuat permohonan agar dua pelakon ini terus digandingkan kerana dikatakan mempunyai keserasian yang baik.
Dalam pada itu, Fikry bersyukur drama sulungnya sebagai hero mendapat sambutan baik daripada peminat.
Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim
Alhamdulillah, saya bersyukur pertama kali memegang watak utama dan penonton suka dengan lakonan saya. Saya banyak menerima komen yang positif terhadap drama dan lakonan saya. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk drama seterusnya.
Sumber: Mstar
Dalam perkembangan lain, pelakon Hero Seorang Cinderella itu kini menganggotai kumpulan King Musang dalam rancangan Super Spontan All Stars yang disiarkan setiap Jumaat di Astro Warna.
Drama terbarunya, Kerna Syurga Bukan Percuma yang sedang menjalani penggambaran bakal ditayangkan pada Oktober ini di saluran Astro Oasis.