Oleh pada 02 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Sinar harian , showbiz.liputan6.com , bm.cari.com.my & Media Hiburan

Mempunyai ramai teman artis di kalangan lelaki yang muda lagi popular, penyanyi Siti Nordiana mengundang rasa cemburu peminat.

Bagaimanapun penyanyi berusia 33 tahun ini tidak sekalipun menganggap status hubungan itu lebih daripada kawan.

"Apa yang pasti peminat saya memang tahu setiap selebriti lelaki bujang yang rajin komen di akaun Instagram (IG) saya ialah kawan baik yang rapat dengan saya.

"Apatah lagi, saya sendiri memang selesa berkawan rapat dengan mereka (selebriti lelaki) itu memandangkan saya tidak ramai kawan perempuan," katanya.

Siti Nordiana atau nama manjanya Nana mengulas gosip yang mengaitkan dirinya dengan beberapa selebriti lelaki tempatan termasuk Zoey Rahman, Fikry Ibrahim dan Khai Bahar.

Dalam pada itu, Nana menegaskan dia tidak menjalin sebarang hubungan istimewa buat masa ini kerana lebih gembira berkawan.

"Urusan jodoh saya tidak tahu tetapi buat masa sekarang untuk saya sendiri memang selesa berkawan saja.

"Ditambah lagi, apa yang boleh membuatkan saya, Zoey, Fikry dan Khai selesa jadi kawan ialah kami satu kepala, suka bergurau dan tidak lupa sentiasa menyokong karier masing-masing,€" ulasnya.

Di kesempatan itu, penyanyi lagu Terus Mencintai ini merakamkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang memahami kehidupan peribadi beliau serta tanpa jemu menyokong kerjaya seni yang menjadi periuk nasinya.

"Sebenarnya, saya berasa sangat bersyukur dan puas hati kerana peminat faham. Saya tidak mahu mereka (peminat) salah sangka.

"Lagipun, sudah lapan tahun menjadi ibu tunggal membuatkan saya sangat berdikari dan kuat bekerja demi rezeki untuk anak serta keluarga. Itu sudah buat saya gembira," katanya.

Tambah Nana, fokus hidupnya kini hanyalah dalam bidang hiburan sejak menerima peluang kedua tahun 2015 dahulu, yang mana kariernya bersinar kembali selepas zaman kejatuhan selama beberapa tahun.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)