Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Komen seorang individu berhubung tindakan Datin Alyah yang pulang awal sebelum Konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) berakhir, mengundang reaksi balas daripada penyanyi itu.
Alyah, 38, berkata, dia terikat dengan komitmen lain yang perlu dilaksanakan, selain menegaskan kemunculannya dalam rancangan berkenaan sebagai memenuhi undangan persembahan untuk segmen pembukaan.
"Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadab dan kurang ajar? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah.
"Atau orang seperti awak (yang biadab)? Sebab membiadabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akal bukan guna hasad dengki," tulis penyanyi itu sebagai jawapan balas kepada komen seorang netizen di laman sosial Instagramnya.
Individu terbabit menuduh kononnya penyanyi lagu Meluruh itu bersikap biadab kerana pulang awal ketika peserta sedang membuat persembahan di konsert GV6 minggu kelima, malam tadi.
Kredit foto: Instagram Datin Alyah
"Artis paling biadab, orang tengah perform kau elok pula blah (balik) macam itu saja," tulis netizen berkenaan.
Jawapan Alyah turut dipersetujui rata-rata pengikut yang memahami situasi sebenar dihadapinya.
"Alyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.
"Dia profesional (tetap duduk didepan) sebab tak nak nanti Tokram (Ramli MS) kena bahan sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja.
"Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa... malam tu mungkin dia ada hal lain," respon netizen lain.
Terdahulu, kemunculan Alyah di pentas GV6 sebagai mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Meluruh.
Nabil dan Jihan menjemput beliau untuk berada di kerusi penonton di belakang Ramli MS yang juga merupakan juri tetap program berkenaan.
Sumber berita: Alyah Dituduh Biadab Pulang Sebelum Konsert GV6 Berakhir - “Saya Nak Tanya Awak Siapa Lebih Kurang Ajar?”