Oleh pada 21 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Alyah

Bukan niat penyanyi Datin Alyah mencari kontroversi dengan sengaja mengenakan pakaian ala rahib.

Kata Alyah, dia menggunakan skaf itu kerana ianya santai dan mampu memberikan keselesaan dalam pergerakan.

Bagaimanapun ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan baju sempena sebuah acara di ibu kota baru-baru ini hingga turut dikaitkan dengan isu agama.

Saya sukar untuk menyanyi apabila bahagian hadapan leher saya terhalang, jadi saya memutuskan untuk mengikat skaf itu ke belakang leher seperti gaya mak cik jual pisang goreng. Tetapi tidak sangka pula orang melihat saya menggayakan skaf itu seperti rahib. Tambah pula warna pakaian yang saya pilih untuk acara itu pula cuma hitam dan putih. Padahal asalnya saya mahu imej ala-ala formal.
Sumber: Astro Gempak

Susulan itu, Alyah mengambil inisiatif untuk memberikan penjelasan kepada para pengikutnya menerusi sebuah kiriman di Instagram.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 36 tahun itu menutup ruangan komen kerana enggan memanjangkan lagi isu berkenaan.

imej dihentam ini jawab alyah 2

Kredit foto: Instagram Alyah

Dalam perkembangan lain, Alyah kini terbit dengan sebuah single terbaru berjudul Mengapa Harus Aku, duet bersama penyanyi Farawahida.

Ini lagu duet saya bersama Farawahida dan saya memilihnya kerana vokal yang unik dan tona suara kami yang berbeza.
Sumber: Astro Gempak

Muzik video lagu hasil ciptaan Alfie Alwi dan Alyah itu telah dimuat naik di laman Youtube sejak beberapa hari lepas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)