Kredit foto: says.com
Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai cara tersendiri dalam mengendalikan hal ehwal rumah tangga. Apatah lagi bagi yang bergelar selebriti, kesibukan dan masa kerja yang tidak tetap memerlukan kerjasama dan sifat memahami antara kedua-dua pihak.
Begitulah yang boleh diandaikan dengan kehidupan perkahwinan pengarah muzik, Datuk Ramli M.S dan penyanyi, Datin Alyah. Kelibat mereka bersama jarang dilihat dalam mana-mana majlis hiburan.
Mengulas persoalan tersebut, Alyah tampil dengan jawapannya yang tersendiri.
Menurut Alyah, dia sememangnya tidak akan bersama dengan suami jika majlis tersebut tidak melibatkan dirinya. Konsep tersebut sudah lama diterapkan dalam perhubungan perkahwinan mereka.
Kredit foto: Rotikaya
Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun. Jadi rasanya dia pun sudah selesa dengan cara itu. Apa pun, sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’, begitu juga dengan dia.
Sumber: Media Hiburan
Sebelum ini Alyah pernah menafikan dakwaan beliau berasa tertekan kerana masih tidak mendapat zuriat. Menurutnya, dia dan suami hanya menganggap perkara tersebut sebagai rezeki, selain faktor usia mereka yang membuatkan dia akur dengan apa sahaja ketentuan dalam perkahwinan tersebut.