Oleh pada 15 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil & Instagram Astro Gempak

     

Pelawak Nabil Ahmad menegaskan karakternya yang dikatakan 'kurang ajar' sewaktu mengendalikan program Gegar Vaganza (GV) musim keenam demi mengikut kehendak 'skrip'.

Nabil, 36, berkata, dia sudah tidak ambil peduli dengan kritikan yang dilontarkan netizen berhubung pembawaan personalitinya dalam rancangan itu.

"Saya bukan biadap tetapi itu adalah skrip jalan cerita.

"Sudah enam tahun saya mengacarakan Gegar Vaganza dan tidak kisah dengan apa yang mereka mahu cakap," katanya kepada portal Harian Metro.

Terdahulu, netizen menerusi ruangan komen Facebook menyelar sikap Nabil yang dikatakan keterlaluan kerana mempermainkan penyanyi berpengalaman seperti Jatt Ali dan Wann.

Dua penyanyi 'otai' itu merupakan antara 13 peserta yang bersaing dalam konsert sulung GV6 yang berlangsung pada Ahad.

Lain-lain penyanyi yang terlibat ialah Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Feeza, Mazleela, Roy, Hady Mirza, Ameer (Sofazr) dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi).

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tetap akan mengekalkan 'watak' tersebut demi menghiburkan peminat yang menonton program terbabit.

    

gegar vaganza 2019 966

Kredit foto: Instagram Nabil

   

“GV tetap menjadi GV. Saya tetap dengan cara ini untuk menghiburkan orang lain,” ujarnya.

Dedah Nabil, beliau dibenarkan untuk membuat jenaka sedemikian ketika siaran langsung, manakala selesai acara, dia tetap menghormati insan sekeliling khususnya yang berusia.

    

Sumber berita: Lantaklah Kena Kutuk, Memang Begini Caranya - Nabil

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)