Oleh pada 24 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Erra Fazira & Rotikaya

Erra Fazira, mengesahkan kunjungan Shahir sekeluarga ke kediamannya pada 1 Syawal lalu bukanlah atas tujuan untuk merisik mahupun bertunang.

Erra menjelaskan, kehadiran keluarga penyanyi itu hanya sekadar untuk beraya, memandangkan antara mereka sudah lama saling mengenali secara peribadi.

Kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini, perjumpaan itu juga bukan sekadar tidak memberi makna apa-apa dalam penyatuan antara dirinya dan Shahir, malah beliau sendiri tidak menyediakan sebarang juadah istimewa.

shahir sekeluarga datang merisik erra fazira 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

"Saya sudah lama kenal keluarganya dan tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan.

"Mereka hanya datang beraya. Malah, tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,”€ katanya sambil melepaskan ketawa, memetik laporan Harian Metro.

Erra, yang sebelum ini dicanang bakal mendirikan rumah tangga dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, biarpun menyedari harapan tinggi peminat terhadap masa depan hubungan mereka, bagaimanapun tidak berganjak dengan makluman bahawa belum ada perkembangan terkini yang ingin dikongsi.

Ibu kepada Engku Aleesya itu turut memberitahu, mereka juga tidak berpakaian sedondon pada Aidilfitri kali ini.

"Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,”€ katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)