Kredit foto: Instagram @fayekusairiloversklub & Astro Gempak
Pernikahan pelakon Faye Kusairi dan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta baru-baru ini mendapat kecaman ramai pihak berikutan dia pernah menafikan perkara tersebut sebelum ini.
Selepas seminggu pernikahannya berlangsung, Faye Kusairi akhirnya memberikan kenyataan rasmi.
Suami berpesan doakanlah yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan terima kasih.
Pada masa yang sama saya sebagai isteri akan bekerja seperti biasa. Manakala tentang batas ketika berlakon suami saya ada pesan juga seperti mana suami lain pesan kepada isterinya.
Mengenai bulan madu tu kami memang tak ada perancangan lagi sebab suami pun sibuk dengan kerja untuk drama yang akan keluar pada bulan Ramadan nanti.
Saya pun sibuk dengan persiapan untuk berlumba (race) juga.
Sumber: Media Hiburan
Biarpun ianya seolah tidak menjawab kontroversi yang tercetus, marilah kita sama-sama doakan agar mahligai yang sah dibina mereka kekal hingga ke anak cucu.