Pernikahan yang diadakan secara tertutup antara pelakon wanita, Faye Kusairi bersama Azmi Hatta yang juga merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein baru-baru ini menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Terdahulu, Faye seringkali menafikan dakwaan yang dia bakal melangsungkan pernikahan tersebut bersama Azmi. Namun, sebaliknya pula yang berlaku.
Namun, kebanyakan netizen meninggalkan komen yang negatif terhadap sikapnya yang hipokrit.
Difahamkan, Faye juga telah bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagramnya mungkin kerana tidak tahan dengan cemuhan tersebut.
Sumber: suria.my