Oleh pada 16 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @errafazira

       

“Reaksi terakhir dalam video yang saya muatkan di dalam Instagram (IG) stories itu sudah menjawab soalan,” begitu kenyataan terkini Datin Seri Umie Aida selepas memuat naik rakaman perjumpaannya dengan Erra Fazira menerusi Instagram Story.

Umie mengulas sebagai menjawab sama ada dia sudah memaafkan rakan baiknya itu ataupun tidak.

Dalam video pendek berkenaan, mereka kelihatan bertemu empat mata sebelum berpelukan seolah meleraikan isu perselisihan faham yang timbul.

Mengiringi perkongsian, Umie menurunkan kapsyen berbunyi:

"Semua salahkan aku.. kerana tak maafkan dia. Ya Allah.

"Sekian terima kasih.. dan harap warganet tidak bercakap mengenai isu ini lagi. Semoga kita semua dalam rahmatnya. Amin".

       

selepas berpeluk dengan erra fazira ini pula kenyataan terkini umie aida 2

Kredit foto: Instagram @umieaida9

      

Terdahulu, beliau membuat luahan sedih di Instagram mendakwa dirinya telah dikhianati seorang teman baik.

"Betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau! Kau boleh bohongi satu dunia dengan keterampilan suci kau yang seperti di bawah lindungan Kaabah itu dan paling sayang, kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau!

"Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yang kau ambil itu akan menghancurkan hati sahabat kau sendiri. Bukan kerana kebendaan itu tetapi kerana seorang sahabat tidak akan mengkhianati sahabatnya sendiri semata-mata untuk kesenangan.

"Aku cuba lupakan sejarah silam dengan harapan kau sudah berubah. Tidak ada yang berubah rupanya dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang," antara luahannya.

Rentetan itu, Erra membuat permohonan maaf secara terbuka, mengakui kesilapannya menyakiti hati sahabatnya itu buat kali ketiga.

    

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)