Oleh kerana ramai terlalu fokus kepada isu rogol bawah umur, kita sudah terlupa satu masalah yang sebenarnya lebih besar yang boleh membawa kepada implikasi yang lebih buruk. 'Seks di antara dua pelaku bawah umur.' Dalam artikel ini, pelaku bawah umur akan dipendekkan jadi PBU ye? Dalam hal begini sebenarnya wujud bermacam jenis kekeliruan.
1.Bagaimana nak tafsirkan benda ni?
BESARKAN TEKS A- A+
2. Adakah berlaku rogol?
3. Bolehkah PBU yang terlibat dilabelkan sebagai perogol dan mangsa rogol?
Sesetengah negara tidak dapat membuat keputusan lalu dalam undang-undang mereka dinyatakan "male individiual below (these) certain ages are not capable of rape." Maksudnya, kerana tiada ketetapan, mereka mengklasifikasikan PBU Lelaki berumur sekian-sekian tidak boleh dikatakan melakukan jenayah rogol.
Pernyataan umur pula berbeza-beza mengikut negara. Ada negara mengambil umur 13 tahun, ada yang mengambil 14 tahun.Di Malaysia setakat yang diketahui oleh penulis, kita mengkelaskan "sebarang kelakuan salah yang dilakukan individu berumur 10 hingga 12 tahun atau ke bawah adalah tidak dikira sebagai satu jenayah.
"Malangnya, menurut statistik, berlaku peningkatan ketara dalam jumlah bilangan kes seks suka sama suka melibatkan 2 PBU dari tahun 2007 hingga sekarang. Untuk disebut kes rogol, ditakuti termanya tidak tepat, jadi kami akan guna terma seks suka sama suka melibatkan 2 PBU.
Setakat ni, kami belum menjumpai lagi contoh kes seks suka sama suka dua PBU yang menyebabkan hukuman rogol jatuh. Walaupun begitu ada beberapa contoh kes lain yang melibatkan jenayah kanak-kanak yang hukumannya penjara seperti kes adik Muhammad Abdul Rahim Adnan dan kes Sangkar a/l Ratnam yang dipenjarakan ketika dia berumur 17 tahun.
Kebanyakan kes melibatkan PBU yang dipenjarakan adalah kerana mahkamah menganggap mereka lebih hampir dengan 18 tahun jadi tidak ada banyak perbezaan keupayaan berfikir di situ.
Ini menunjukkan ada kelonggaran bagaimana pentafsiran had umur kes PBU ini diambilkira dalam mahkamah. Bukannya wajib kita ambil umur 16 tahun dan 18 tahun yang dijadikan panduan dan ini menunjukkan, jika kes berlaku melibatkan PBU, mereka boleh dibicarakan sebagai dewasa berdasarkan pandangan mahkamah.Persoalannya di sini, bagaimana pertimbangan kes seks suka sama dua PBU di buat? Adakah jantina memainkan peranan dan kita gunakan pendekatan selalu PBU lelaki lebih perlu dipertanggungjawabkan dalam kes seks suka sama suka melibatkan dua PBU?
Perlu juga diberitahu, untuk kes seks suka sama suka dua PBU, walaupun hukuman penjara dibenarkan, ia perlu bergantung kepada penilaian Hakim di mahkamah dan selalunya hukuman yang dijatuhkan untuk pesalah PBU, adalah hukuman berbentuk pemulihan, bukan pencegahan seperti hukuman penjara.
PBU yang didapati bersalah dalam kes seks dua PBU boleh dikenakan hukuman seperti berikut;
a. diberikan amaran dan dibebaskan,
b. dibebaskan dengan ikat jamin dan amaran
c. ditukarkan hak jagaan sementara dalam tempoh pencegahan
d. didendae. dihantar ke pusat pemulihan seperti Sekolah Henry Gurney
f. dirotan sebanyak 10 kali untuk pesalah lelaki
g. pilihan terakhir, dihantar ke penjara.
Ramai orang memandang negatif salah satu solusi kepada masalah sosial iaitu perkahwinan bawah umur yang menimbulkan kontroversi.
Apakah ada cara lain yang boleh digunakan jika anak anda mempunyai masalah, liar dan suka dikawal? Ada.
Selalunya, ibu bapa sebelah perempuan khasnya akan melihat yang laporan polis perlu dibuat supaya PBU Lelaki dapat didakwa atas kesalahan merogol, tetapi ada juga ibu bapa yang tidak mahu mengambil pendekatan begitu dan mereka hanya mahu menyelamatkan anak perempuan mereka.Apa tindakan yang boleh mereka ambil?
Jika ibu bapa merasakan anak perempuan mereka sudah terlalu giat berzina sedangkan dia masih bawah umur dan perkahwinan bukan jalan terbaik untuk mereka, ibu bapa tersebut boleh melaporkan masalah mereka kepada pihak berkuasa, supaya pihak mahkamah sendiri mengambil tindakan terbaik untuk melindungi anak anda. Semua ini masih boleh dilakukan tanpa melaporkan perkara tersebut kepada polis.
Harapnya ini dapat membantu serba sedikit menjelaskan yang perkahwinan bawah umur, walaupun dibenarkan bukanlah satu-satunya solusi yang boleh dipilih untuk selesaikan masalah anak-anak kita yang semakin hari, semakin terdedah kepada bahan-bahan yang mampu merangsangkan mereka sehingga mereka campur adukkan seks sebagai bukti cinta mereka.
Maaf. Kami sendiri tidak dapat menjawab soalan yang kami tanya kepada anda dalam tajuk artikel. Walaupun begitu kami berharap agar artikel ini dapat memulakan perbincangan supaya kita dapat mencerahkan lagi apa yang perlu dicerahkan.
Masalah zina berleluasa di kalangan pelajar sekolah kita. Apa langkah terbaik untuk kita mengekang gejala itu?