Kita di Malaysia walaupun gemar mengutuk negara-negara jiran terdekat kita, khususnya Indonesia dan Singapura; ketegangan yang ada bolehlah dikatakan masih lagi mampu berjiran.

Tidaklah kita menyimpan rasa benci antara satu sama lain, melainkan tatkala tertangkap warga negara lain membeli minyak RON95 yang disubsidikan untuk diisi ke dalam kenderaan milik mereka. Kita boleh kata sejahteralah dengan jiran kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak bagi negara-negara di bawah. Ekoran peristiwa-peristiwa lampau telahpun menanam rasa benci dalam masyarakat yang saling berbalah, sehingga kini dua masyarakat dalam dua negara berbeza ini.

1. Pakistan dan India

tentera mengawal sempadan negara

India dan Pakistan mempunyai sejarah panjang konflik dan ketegangan. Hubungan antara kedua-dua negara saling bermusuhan sehingga kini.

Akar konflik India dengan Pakistan boleh dikesan pada zaman Empayar British, di mana Empayar itu pernah menguasai kedua-dua negara di bawah pentadbiran 'British India'.

Terdapat beberapa sebab besar India dan Pakistan tidak menyukai satu sama lain. Salah satu sebab utamanya dalam era moden adalah agensi perisikan Pakistan didakwa terus memberikan sokongan kepada pengganas Pakistan yang beroperasi di India, dikatakan bertanggungjawab membunuh ratusan orang sepanjang dekad-dekad yang lalu.

Di pihak India, dalam kawasan di mana banyak individu yang lebih suka tinggal di bawah kuasa Pakistan, tentera India sendiri telah melancarkan pelbagai operasi, membunuh puluhan ribu orang demi melenyapkan sebarang bentuk pemberontakan.

Kedua-dua negara terus bersandarkan kepada kemampuan peluru berpandu nuklear masing-masing, bagi menjamin keselamatan mereka. Dikatakan sudah beberapa kali insiden buruk berlaku, yang hampir-hampir menjurus kepada perang nuklear antara keduanya.

2. Serbia dan Bosnia

negara yang benci satu sama lain

Kedua-dua negara ini mempunyai latar belakang etnik dan agama yang berbeza, dikatakan punca utama ketegangan dan konflik selama bertahun-tahun.

Orang Serbia, Croat dan Muslim di kawasan ini semuanya adalah berasal daripada keturunan orang Slav, datang daripada Asia yang menetap di kawasan itu pada abad ketujuh.

Orang Serbia pula majoritinya kebanyakannya penganut Kristian Ortodoks, merupakan sebuah bangsa pejuang yang pernah menguasai empayar besar di Balkan sebelum jatuh di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah pada akhir zaman pertengahan.

Orang Muslim berketurunan orang Slav yang tinggal di Yugoslavia tengah pada Zaman Pertengahan, memeluk ajaran Bogomil dan dianiaya sebagai akibatnya. Mereka menyambut kemenangan Turki di sana pada abad ke-15 sebagai pembebasan dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mencipta ketegangan antara kedua-dua kelompok.

Apabila Yugoslavia menjadi sebuah kerajaan yang menyatukan kedua-dua kumpulan berbeza pegangan, orang Croat dan Muslim mula membenci apa yang mereka lihat sebagai pemerintahan didominasi Serbia; raja adalah orang Serbia, begitu juga kepimpinan tentera dan ibu negara terletak di Belgrade, Serbia.

Apabila Jerman menakluki Yugoslavia pada tahun 1941, ramai orang Croat mengambil tindakan balas. Negara tandingan Fasis Croatia atau Negara-Negara Bebas Croatia ditubuhkan, pada ketika itu turut merangkumi Bosnia.

Hasil daripada penubuhan negara itulah, tindak balas masyarakat Croat dan Bosnia yang sebelum itu tertekan di bawah pemerintahan orang Serbia bermula. 

3. Turkiye dan Greece

greece dan turki saling bermusuh

Kedua-dua negara ini mempunyai persaingan panjang dalam sejarah, meliputi pelbagai peristiwa yang digunakan untuk mewajarkan gerakan kebangsaan masing-masing.

Antara peristiwa besar yang berlaku antara kedua masyarakat ini, adalah pertukaran penduduk antara Greece dan Turki, pogrom Istanbul tahun 1955 dan insiden-insiden keganasan antara komuniti di Cyprus.

Pentadbiran Empayar Byzantium dan Empayar Uthmaniah merupakan faktor besar yang membentuk jenis hubungan moden antara Turkiye dan Greece.

Beberapa isu yang sering mempengaruhi hubungan keduanya sehingga mencetuskan  persengketaan adalah tuntutan ke atas wilayah di laut dan udara, desakan pengiktirafan hak minoriti dan status hubungan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara ahlinya yang sering menjadi isu hangat.

4. Iran dan Israel

negara yang berperang dan membenci

Iran dan Israel mempunyai sejarah konflik yang sangat tegang. Walau bagaimanapun, kedua-dua negara ini tidak selalu menjadi musuh seperti yang dapat kita lihat hari ini.

Iran adalah salah satu negara majoriti Muslim pertama yang mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat pada tahun 1950, dua tahun selepas Israel menyatakan kemerdekaannya sebagai negara orang Yahudi.

Sehingga tahun 1979, kedua-dua negara mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh, malah bekerjasama dalam pembangunan teknologi ketenteraan. Namun, hubungan diplomatik mereka berubah secara mendadak selepas revolusi Iran pada tahun 1979, yang membawa gelombang baru nasionalisme berteraskan agama.

Pemimpin Iran pada ketika itu yang didakwa hanyalah boneka kepada barat berjaya digulingkan dan digantikan oleh Ayatollah Khomeini.

Kenaikan kerajaan baru itu membawa kepada putusnya hubungan diplomatik tdan Khomeini secara terbuka merujuk kepada Amerika Syarikat dan Israel sebagai "Setan Besar" dan "Setan Kecil."

Pemimpin Iran dalam zaman sekarang secara berulang kali konsisten menyeru untuk memusnahkan Israel sebagai sebuah negara, termasuklah gesaan yang dibuat pada tahun 2005 oleh bekas Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

5. Korea Selatan dan Korea Utara

korea utara dan korea selatan permusuhan

Hubungan Korea Utara dan Korea Selatan kompleks!

Dua negara ini berkongsi bahasa, tradisi, masyarakat dan budaya tradisional, tetapi dalam segi politik, penuh dengan konflik dan perpecahan.

Semuanya bermula selepas semenanjung Korea dibahagikan oleh pasukan penjajah Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada akhir Perang Dunia Kedua bagi memelihara tanah jajahan mereka.

Pada tahun 1948, Korea Utara ditubuhkan oleh Kim Il-sung yang melihat penyatuan masyarakat mereka perlu dilakukan manakala Korea Selatan pula mengumumkan diri sebagai sebuah negara republik pada tahun yang sama.

Ketegangan melonjak pada tahun 1950 apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan, menyebabkan konflik berdarah selama tiga tahun, dengan sokongan China dan Kesatuan Soviet.

Korea Selatan pula diberi sokongan oleh pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Perang yang berakhir pada tahun 1953 melalui persetujuan gencatan senjata malangnya tidak menjamin perdamaian kekal.

Zon demiliterisasi atau DMZ ditubuhkan sebagai pemisah antara Korea Utara yang memegang aliran komunis dengan Korea Selatan yang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis barat.

Situasi ini kekal sehingga ke hari ini, walaupun ada bibit kerjasama mula kelihatan.

Konflik mereka sangat rumit.

Puncanya adalah perlembagaan kedua-dua negara yang berbeza ideologinya. Perbezaan ideologi ini menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua negara. Sebab lain adalah usaha Korea Utara dalam pembangunan senjata nuklear, yang dilihat sebagai ancaman utama kepada keselamatan serantau.

Lagipun, pasti sukar untuk sebuah negara menerima jiran terdekat mereka sering menyuarakan hasrat mahu menyatukan semula mereka dan tidak mengiktiraf kewujudan mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)