Setiap tahun, kita akan menyambut Hari Merdeka pada tanggal 31 Ogos. Pada tahun ini, genaplah 60 tahun kita merdeka daripada penjajahan British setelah Perdana Menteri pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'Merdeka' sebanyak 7 kali di Dataran Padang Hilir.
Pernahkah anda tertanya mengapakah tarikh 31 Ogos dipilih sebagai pengisytiharaan merdeka? Bukan 30 Ogos, bukan 1 September? Siapakah pula yang memilih tarikh tersebut?
BESARKAN TEKS A- A+
Pemilihan tarikh 31 Ogos ini telah diputuskan dalam sebuah mesyuarat yang dihadiri Ketua Pemuda Umno dan timbalannya iaitu Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah) bersama Mufti Pulau Pinang pada ketika itu, Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Tun Abdullah). Dalam menentukan tarikh yang ideal, Tunku Abdul Rahman berpendapat beliau perlu mendapatkan pandangan Syeikh Fahim memandangkan beliau merupakan seorang yang pakar dalam ilmu Falak.
Menurut Syeikh Fahim, tarikh 31 Ogos ini adalah tarikh yang baik keranaan menurut kiraannya, pada tarikh tersebut semua planet akan berada dalam kedudukan sebaris. Syeikh Fahim juga berkata, sekiranya tarikh 31 Ogos 1957 tidak dipilih, maka tarikh yang elok selepas itu adalah 5 tahun lagi, iaitu 31 Ogos 1962.
Sebelum Tunku Abdul Rahman memaklumkan pemilihan tarikh tersebut kepada pihak British, Syeikh Fahim juga telah berpesan sekiranya tarikh 31 Ogos 1957 tidak dipersetujui oleh British, beliau melarang agar pemuda-pemuda parti UMNO daripada melakukan kekacauan atau rampasan kuasa daripada British agar tiada perkara lebih buruk berlaku.
Pihak British akhirnya bersetuju dengan tarikh tersebut dan akhir pada 20 Februari 1956, tarikh 31 Ogos 1957 telah dipersetujui sebagai tarikh pengisytiharaan kemerdekaan. Rancang asalnya adalah agar Tunku dalam melakukakan pengisytiharaan tepat pada 12 malam 31 Ogos 1957 malangnya akibat kesesakan lalu lintas yang teruk, maka beliau terlambat sampai ke Padang Pahlawan, Bandar Hilir Melaka.
Kisah penentuan tarikh kemerdekaan ini telah dimuatkan dalam buku Anak Apak tulisan seorang wartawan bernama Subky Abdul Latif.
Kredit: