Menjadi ibu bapa adalah saat yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga kerana anak adalah penyeri rumah tangga. Kebanyakan pasangan menjadi ibu bapa ketika sudah dewasa, yakni sudah cukup umur dan stabil dari segala segi. Namun, ada juga mereka yang menjadi ibu bapa muda, terlalu muda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
BESARKAN TEKS A- A+
10. Kordeza Zhelyazkova dan Jeliazko Dimitrov
Kordeza Zhelyazkova melahirkan seorang bayi perempuan ketika berusia 11 tahun. Bapa kepada bayi berkenaan adalah Jeliazko Dimitrov yang sedikit lebih dewasa, berusia 19 tahun. Kordeza telah dilaporkan mengandung setelah seminggu mengenali kekasihnya, dan dia melahirkan anak pertamanya itu ketika hari perkahwinan mereka.
9. Tia John dan Jordan Williams
Tia John dan Jordan Williams masing-masing hanya baru berusia 14 dan 15 tahun ketika Tia mengandung. Ibu Tia, Kelly John pula baru berusia 29 tahun. Kelly berasa sangat terkejut kerana akan menjadi seorang nenek pada usia yang sangat muda. Tia melahirkan seorang bayi perempuan tidak berapa sebelum menjangkau umur 15 tahun.
8. James Sutton dan Sarah Drinkwater
James Sutton dan Sarah Drinkwater adalah pasangan muda yang sudah menjalinkan hubungan percintaan sejak di awal usia lagi. Ketika James dan Sarah masing-masing berusia 13 dan 16 tahun, mereka mahu memulakan sebuah keluarga kerana mereka percaya bahawa ketika itu adalah masa yang terbaik. Keduanya mula melakukan hubungan seksual, dan akhirnya dikurniakan cahaya mata kembar. Pasangan ini akhirnya berpisah, dan menyedari kesilapan mereka.
7. April Webster dan Nathan Fishbourne
April pertama kali mengandung ketika berusia 13 tahun, dan melahirkan bayi pertamanya itu setelah cukup umurnya 14 tahun. April dan teman lelakinya Nathan yang berusia 14 tahun menjadi ibu bapa paling muda di Britain sejak tahun 2010. Mereka berdua masih bersekolah ketika bayi lelaki yang dinamakan Jamie Fishbourne dilahirkan. Menurut April, mereka tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai anak ketika itu, namun mengganggapnya sebagai rezeki dan berjanji akan menjadi ibu yang terbaik.
6. Rebecca Finnis dan Peter
Rebecca dilaporkan telah mengandung ketika berusia 13 tahun. Dia telah bersama teman lelakinya selama 6 bulan sebelum mendapat tahu bahawa dia bakal menjadi seorang ibu muda. Menurut Rebecaa, dia berasa agak terkejut dengan berita ini. Peter yang ketika itu berusia 15 tahun adalah teman lelaki pertamanya, dan kedua-dua ibu bapa mereka tidak pernah menyangka bahawa hubungan mereka melibatkan seksual. Mereka akhirnya berkahwin, dah turut dikurniakan anak kedua, seorang perempuan.
5. Tressa Middleton
Tressa Middleton hanya baru berusia 11 tahun ketika dia diserang secara seksual oleh abangnya yang berusia 16 tahun. Dia melahirkan anak luar nikah itu pada tahun 2005, ketika umurnya telah menjangkau 12 tahun. Tressa menyerahkan bayi itu untuk dijadikan anak angkat. Abangnya telah dipenjarakan pada tahun 2009 setelah keputusan DNA membuktikan bahawa dia adalah bapa kepada anak adiknya itu. Tressa kini sudah berumur awal 20an dan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pengalaman traumatiknya itu.
4. Alleshia Gregson dan Pasangan
Alleshia Gregson mengandungkan anak pertamanya ketika berusia 12 tahun, dan teman lelakinya berusia 14 tahun. Dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan ramai sehinggalah hari dia melahirkan bayinya itu. 10 bulan kemudian, Alleshia sekali lagi hamil hasil hubungan dengan pasangannya. Pada tahun 2011, Alleshia menjadi perempuan paling muda di Britain yang mempunyai 2 orang anak pada usia berlainan (yakni bukan kembar), ketika dia berumur 15 tahun.
3. Emma Webster dan Sean Stewart
Berita tentang kedua pasangan ini mendapat liputan yang meluas sekitar tahun 2009, kerana mereka adalah antara ibu bapa paling muda di dunia. Sean dan Emma adalah jiran, dan mereka mula melakukan hubungan seksual sejak di awal usia lagi. Sean dan Emma menjadi ibu bapa ketika masing-masing hanya baru berusia 11 dan 15 tahun. Emma melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat.
2. Griseldina Acuna
Griseldina Acuna hanya berusia 8 tahun ketika dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 2.31 kilogram. Amat jarang sekali untuk kanak-kanak perempuan untuk mencapai akil baligh serta mempunyai organ seksual yang matang pada usia yang sangat muda, dan Griseldina adalah terkecuali. Griseldina adalah ibu paling muda di Colombia, dan bapa kepada anak mereka adalah kenalan keluarganya.
1. Lina Vanessa Medina
Pada tahun 1939, Lina Vanessa Medina dari Peru menjadi ibu paling muda dalah sejarah selepas melahirkan seorang bayi lelaki ketika hanya berusia 5 tahun 7 bulan. Lina terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kerana tubuhnya yang masih kecil. Pada awalnya ibunya mengandaikan bahawa Lina mempunyai ketumbuhan, dan langsung tidak mengesyaki bahawa dia hamil.
Namun, tidak lama selepas ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Lina hamil. Menurut doktor lagi, Lina melalui akil baligh yang awal, di mana kelenjar hormonnya telah diaktifkan lebih awal daripada yang sepatutnya. Walaupun identiti bapa kepada bayi itu tidak pernah diketahui, namun ramai mengesyaki bahawa bapa Lina yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap anak perempuannya.
Rujukan: