Oleh pada 11 Nov 2021 kategori

Kredit: Instagram @ahmadiqbalzulkefli 

 

Selepas hubungan percintaannya dengan Dato' Seri Vida yang terputus di tengah jalan, Iqbal meluahkan hasratnya untuk mencari pengganti yang mampu memberikannya kebahagiaan yang bukan diukur dari segi wang ringgit semata-mata.

 

"Saya suka melihat pasangan yang berkongsi wang walaupun kadangkala sekadar untuk membeli beras. Pergi ke gerai kecil dan menjamu selera sambil bercerita tentang hal-hal biasa. Namun, mereka tetap bahagia.

 

"Saya mengimpikan perkara-perkara kecil seperti ini. Orang yang memahami ketika saya sakit dan sanggup keluar mencari ubat pada lewat malam.

 

"Ketika bercuti pula, duduk di atas tikar dan bergelak ketawa di tepi pantai. Saya tiada pengalaman sebegini.

 

"Saya percaya Allah akan hadirkan orang yang benar-benar ikhlas dan telus mencintai saya suatu hari nanti," tulisnya di Instagram story.

  

 

Dalam pada itu, beliau yang kini berusia 27 tahun berharap pencapaiannya di usia muda mampu membawa pasangannya itu nanti ke arah yang lebih baik.

 

"Saya diberi kejayaan dalam kerjaya di usia remaja. Saya sempat berbakti kepada arwah ibu. Memiliki rumah dan kereta.

 

"Saya selalu mengimpikan untuk membawa pasangan saya menjelajah ke seluruh dunia. Saya juga ingin mendidiknya agar tidak jauh dari golongan susah.

 

"Cukup sudi untuk saya bersandar bahu di saat keletihan berjuang demi agama dan masyarakat," terangnya.

  

 

Mengakui alam perkahwinan sebagai salah satu daripada pelbagai impiannya yang masih belum terlaksana, beliau menyenaraikan ciri-ciri wanita idamannya dan memohon doa peminat supaya segalanya dipermudahkan.

 

"Saya tidak pernah berharap untuk memiliki pasangan yang boleh 'memberi' kepada saya. Cukuplah seseorang yang mempunyai ketulusan, berada di saat susah dan tidak meminta lebih.

 

"Doakan saya dipertemukan orang yang tepat," pintanya.

 

Komen Pilihan

iqbal cari pengganti ss

 

"Doa senjata orang beriman. Cari doa untuk dapatkan jodoh yang baik dan sesuai.

 

"Semasa umrah, saya berdoa setiap hari di hadapan Kaabah supaya Allah kurniakan jodoh yang beriman dan sebagainya. Alhamdulillah, doa tersebut makbul dan anak-anak saya sekarang sudah besar panjang," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Iqbal




Hakcipta iluminasi.com (2017)