Oleh pada 23 Dec 2021 kategori

Kredit: Instagram @ahmadiqbalzulkefli 

 

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Iqbal yang kini berada di Indonesia telah meluahkan hasrat untuk pulang ke Malaysia selama beberapa hari untuk melawat kawasan yang terjejas akibat banjir.

 

Berikutan spekulasi negatif yang mempertikaikan tindakan tersebut sedangkan beliau boleh memindahkan wang bantuan secara 'online', Iqbal menjelaskan bahawa amal kebajikannya itu tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai.

 

"Apa mereka tahu saya bantu atau tidak? Jika muat naik di media sosial, dikatakan menunjuk. Betapa rendah mentaliti mereka," tulisnya ringkas di Instagram.

  

 

Menurutnya lagi, beliau benar-benar serius untuk berada di Malaysia ketika ini, namun terpaksa akur dengan kesukaran yang terpaksa dihadapinya.

 

"Jika ada jet peribadi, sekarang juga saya mahu pulang. Tetapi tidak semudah itu, perlu kuarantin selama berhari-hari di rumah," sambungnya lagi.

  

 

Walaupun telah menunjukkan keprihatinannya terhadap isu banjir yang sedang melanda negara, beliau berasa kecewa dengan segelintir pihak yang masih mempertikaikan usahanya itu.

 

"Saya muat naik video lain, dikecam. Jadi, saya perlu bercakap hal banjir di setiap video? Tolonglah bersikap lebih terbuka," kesalnya.

 

Beliau juga berharap dirinya bersangka baik dan tabah dengan ujian yang sedang menimpa dirinya. 

 

Komen Pilihan

iqbal banjir

 

"Fikirkan tentang banjir besar kini lebih baik dari hal percintaan," tulis seorang pengguna Facebook.

 

Terdahulu, Iqbal bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia, Datuk Seri Rossa selepas meninggalkan negara atas urusan kerja sehingga timbulnya gosip percintaan antara mereka berdua di kalangan netizen.

 

Sumber: Instagram Iqbal 




Hakcipta iluminasi.com (2017)