Kredit foto: Instagram Neelofa
Enggan dibayangi kisah percintaan lama dan persepsi buruk masyarakat, aktres Neelofa kini mula fokus mencari kebahagiaan.
Menurut Neelofa, dia mula belajar yang kemewahan dan populariti bukanlah segala-galanya dalam hidup.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup. Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia. Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih. Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya.
Sumber: BH Online
Tambah Neelofa, dia berasa rimas apabila ada pihak yang masih mengungkit kisah percintaan lalunya bersama aktor Fattah Amin sehingga pelbagai spekulasi buruk tentang dirinya tersebar.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Hidup sebagai seorang yang dikenali bukanlah semudah yang disangka. Kami doakan Neelofa terus tabah meniti liku-liku hidupnya sebagai anak seni.