Kredit foto: Instagram Sajat
Dua hari lalu, rakyat Malaysia sibuk melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dan sebagaimana semua sedia maklum, kita telah menerima kunjungan barisan kepimpinan yang baharu hasil majoriti pilihan rakyat.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan masyarakat negara ini yang seolah mengambil remeh tanggungjawab mengundi dengan alasan mempunyai urusan lain.
Di kalangan selebriti, antara yang menjadi sebutan netizen ialah pengasas kosmetik yang juga penyanyi, Nur Sajat.
Dikatakan Sajat tidak berada di Malaysia kerana mempunyai komitmen penting di Korea Selatan.
Namun ada suara-suara nakal di kalangan pengguna media sosial yang mengatakan Sajat sengaja melarikan diri daripada tanggungjawabnya kerana takut identiti jantina terdedah.
Kredit foto: Beautifulnara
Betul atau tidak, hanya Sajat yang mengetahui kebenarannya.