Oleh pada 21 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman enggan bercerita panjang tentang kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan mengambil masa sebulan sebelum mengesahkan jantina sebenarnya.

Menerusi wawancara bersama Harian Metro, Sajat memohon agar namanya tidak lagi diaibkan untuk menjaga perasaan kedua ibu bapanya.

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya.

“Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan,” katanya.

Sajat menyatakan kekesalannya apabila sering menjadi bahan jenaka masyarakat sedangkan niat asalnya hanyalah untuk berbisnes.

“Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa," katanya.

Malah pelantun Abang Nak Tegur ini akui sudah berbuat segala yang termampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” €katanya.

jakim bakal umumkan jantina ini respon sajat 2

Kredit foto: Facebook Sajat

Terdahulu, Jakim meminta masa sebulan untuk proses mengenalpasti identiti dan jantina sebenar Sajat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof melalui Facebook (FB) Jakim.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)