Oleh pada 18 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat & Instagram Sharnaaz Ahmad

Susulan pertemuan Nur Sajat bersama Jakim, aktor Sharnaaz Ahmad meminta usahawan kosmetik itu berlaku jujur dengan mendedahkan identiti jantinanya.

Sharnaaz meminta semua pihak membuka mata dan tidak terus membiarkan perlakuan Sajat berterusan tanpa sebarang tindakan.

Dalam masa sama, aktor itu mahu Sajat 'digam' daripada kaca televisyen dan semua pihak berhenti menjadikannya tular di media sosial yang sekaligus memberikan publisti terhadapnya.

Sharnaaz menggesa pihak terbabit mengambil tindakan susulan agar usahawan itu tidak mempengaruhi dan menjadi contoh buruk kepada masyarakat.

respon panas sharnaaz selepas sajat jumpa jakim 2

Kredit foto: Twitter Sharnaaz Ahmad

Beliau membuat kenyataan tersebut di laman Twitter susulan pertemuan diaturkan Sajat dan pihak Jakim, dua hari lalu.

Rata-rata netizen sependapat dengan Sharnaaz dengan mengatakan sudah tiba masanya isu pondan dan seangkatan dengannya ditangani secara serius.

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)