Oleh pada 19 Oct 2017 kategori

kerja di pelantar minyak gaji lumayan namun ada risiko tersendiri

Ya, bekerja di pelantar minyak sering dikaitkan dengan gaji yang lumayan, mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Malah, ada yang menerima gaji ratusan ribu ringgit. Namun, bagi gaji setinggi itu, ia mempunyai harga lain yang anda perlu bayar.

Selain daripada hidup terasing di tengah-tengah laut, bekerja di pelantar minyak juga mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh menyebabkan maut. Ya, ajal itu di tangan Tuhan namun kita haruslah berhati-hati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kerja di pelantar minyak memerlukan kekuatan fizikal dan mental

Keadaan di pelantar minyak itu sendiri adalah terdedah kepada bahaya yang mana terpaksa diharungi oleh pekerja pelantar setiap hari. iluminasi.com ingin berkongsi 5 kemalangan kerap berlaku di pelantar minyak yang boleh menyebabkan kematian.

1. Kemalangan pengangkutan 

kemalangan helikopter super puma

Menurut laporan CDC, di antara taun 2003 dan 2010 sahaja, lebih daripada separuh daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di offshore berlaku akibat daripada kemalangan pengangkutan.

Kemalangan ini terutamanya berlaku melibatkan kemalangan helikopter dan juga pengangkutan air. Kemalangan yang bertangungjawab kepada majoriti daripada jumlah keseluruhan ini terjadi ketika pekerja dan juga peralatan dipindahkan dari, atau ke pelantar minyak.

Penyebab utama kemalangan ini adalah cuaca buruk dan juga kegagalan enjin atau peralatan.

2. Kemalangan disebabkan mesin dan peralatan berat

bahaya mengendalikan mesin berat

Kebanyakan peralatan dan mesin yang digunakan dalam pengekstrakan minyak di pelantar minyak adalah sangat berat dan berbahaya. Ia mampu memnyebabkan kecederaan dan juga kematian.

Maklumat dari CDC menunjukkan lebih daripada 16% kemalangan di pelantar minyak dan industri gas adalah melibatkan mesin-mesin dan peralatan yang berat. Ia juga menyebabkan pelbagai jenis kecederaan termasuklah keretakan tulang dan juga kecederaan bahagian kepala.

Kemalangan melibatkan mesin-mesin ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi, dan yang paling kerap berlaku adalah tangan pekerja tersepit atau "disedut" oleh peralatan yang sedang beroperasi. Mereka juga terdedah dengan risiko terperangkap di antara objek atau peralatan yang berat menyebabkan kecederaan serius.

3. Kebakaran dan letupan

kemalangan deepwater horizon 594

Antara yang paling kerapt berlaku termasuklah kebakaran dan letupan, ketika bekerja di pelantar minyak. Kemalangan Deepwater Horizon adalah kemalangan melibatkan letupan yang paling popular yang berlaku pada ‎20 April 2010 menyebabkan 11 nyawa terkorban dan 17 yang lain cedera.

Penyebab utama kebakaran dan letupan mudah berlaku di pelantar minyak adalah terdapat bahan mudah terbakar, kerja-kerja elektrik dan kimpalan. Jika berlaku kebakaran, adalah amat sukar untuk ianya dikawal dan mengambil masa sehingga berhari-hari untuk dipadamkan, seperti dalam tragedi Deepwater Horizon.

4. Terdedah kepada bahan kimia dan persekitaran berbahaya

kebocoran gas hidrogen sulfida boleh membunuh 775

Pekerjaan ini sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan bahan-bahan kimia berbahaya. Kemalangan yang melibatkan bahan-bahan ini serta persekitaran yang tercemar menyumbang kepada kecederaan dan kematian di pelantar minyak, menurut laporan CDC.

Antaranya termasuklah terdedah kepada hidrogen sulfida yang bebas ketika penggalian minyak, selain bahan-bahan kimia berbahaya yang lain. Selain itu, cuaca buruk yang tak menentu juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan maut.

5. Kemalangan disebabkan terjatuh

bahaya kerja di pelantar minyak

Seperti di tapak pembinaan, bekerja di pelantar minyak juga terdedah kepada kemalangan jatuh dari tempat yang tinggi. Ia juga menjadi penyebab kematian ketika bekerja di pelantar minyak.

Bukan sahaja terjatuh dari tempat tinggi, malah terjatuh dari tingkat yang sama juga boleh menyebabkan kematian. Antara penyebab utama kepada kemalangan ini adalah keadaan cuaca yang teruk dan juga kecuaian.

Jadi, bekerja di pelantar minyak adalah sangat mencabar mental dan fizikal. Dan tiada apa yang lebih penting daripada menjaga keselamatan. Dengan tidak mementingkan keselamatan, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)