Oleh pada 17 Mar 2019 kategori

Kuih wajik adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan.

Wajik adalah sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan santan dan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.

Diantara jenis penyediaan wajik yang paling lazim dibuat merupakan pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula merupakan pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan mewujudkan rasa berkerutup sewaktu dimakan. Namun begitu, cara ini jarang dibuat disebabkan tidak ramai yang sukakan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.

Selain itu, wajik turut boleh dicampurkan dengan durian jika ia dibuat pada musim durian. Ia sangat disukai ramai terutamanya masyarakat pantai timur.

Wajik lazimnya dihidangkan sepanjang masa, namun lebih meluas ketika musim perayaan. Namun begitu, oleh kerana rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menyukainya.

 

Wajik Turun-Temurun (Pulut Kacau)  

 

Kredit foto: Zuraida Abdmalek‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)  

Bahan-bahan:

  • Beras pulut (1kg)
  • Gula merah (1kg)
  • Gula putih (2 cawan)
  • Santan (secukup lemak)   

Tips: Untuk sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sedikit

  • Daun pandan

 

Cara-cara membuat:

1. Rendam beras pulut selama 4-5 jam dan kukus seperti biasa kemudian sejukkan. 

2. Masak gula merah dan tapis dahulu .

3. Kemudian, masukkan gula putih.

4. Masukkan santan dan daun pandan.

5. Masak sehingga agak-agak mahu pekat (jangan terlalu pekat) dan masukkan pulut yang dikukus asing tadi .

6. Kemudian, kacau lagi sehingga agak-agak pekat likat seperti meletup-letup. 

Tips: Jangan terlalu pekat atau terlalu lembik. 

7. Tutup api dan masukkan dalam bekas.

wajik 1

 

Sumber:

1. Fyza Eky [12]

2. Wikipedia Wajik




Hakcipta iluminasi.com (2017)