Oleh pada 03 Jul 2019 kategori

Jika disebut tentang kuih pulut sekaya, mungkin anda tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya, kuih pulut sekaya adalah nama lain bagi kuih seri muka di kalangan penduduk negeri Kedah.

Kuih pulut sekaya lazimnya dikukus dalam bekas loyang. Namun, jika anda malas untuk memotongnya, ianya juga boleh dibuat terlebih dahulu dalam acuan lompang agar mudah untuk dinikmati.

Caranya mudah sahaja, masukkan dan tekan pulut dan jagung yang telah dimasak ke dalam bekas acuan tersebut. Kemudian, barulah tuangkan bancuhan lapisan atas dan masukkan ke dalam periuk kukus. 

Untuk menjadikan air kukusan tidak menitik atas permukaan kuih, penutup periuk kukus boleh dibalut dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih. Antara tips untuk memakan kuih ini ialah anda boleh memakan bahagian pulutnya dahulu dan diikuti bahagian atas lambat sedikit supaya dapat menikmati rasa santannya itu. 

Kuih Pulut Sekaya

Bahan-bahan A:

  • Beras pulut (3 cawan) - direndam 1 jam
  • Santan (1 3/4 cawan)
  • Garam (secubit)

Bahan-bahan B:

  • Santan (2 1/2 Cawan)
  • Gula (1 1/4 cawan)
  • Telur (3 biji)
  • Air pandan (1/2 cawan)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Kulit kayu manis - pilihan

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci dan toskan beras pulut. Kemudian, masukkan ke dalam loyang. Masukkan santan dan garam. Kukus selama 20 minit sehingga masak. Apabila pulut sudah masak, tekan dan mampatkan pulut di dalam loyang.
  2. Kisar semua bahan A kecuali kulit kayu manis. Tapiskan ke dalam periuk dan kikis sedikit kulit kayu manis. Kacau adunan dan tuang ke atas pulut.
  3. Kukuskan lagi 20 minit sehingga masak. Siap untuk dihidang.

kuih pulut sekaya 1

kuih pulut sekaya 2

Kredit foto: Ku Asmidar (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih pulut sekaya 3

Kredit foto: Zalina Zolkiply (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nor Shazila Hassan [1, 2]

2. The Bittersweet (azlinaganibittersweet.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)