Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Noorastella Muhamma

Kuih seri muka merupakan sejenis kuih talam tradisi yang berasal dari negara kita. Ia lazimnya dihasilkan di dalam talam yang besar dan berbentuk bulat atau segiempat. Setelah masak, ia kemudiannya dipotong mengikut saiz hidangan. 

Kuih seri muka dibuat dalam dua lapisan. Lapisan atasnya berwarna hijau dan berasaskan telur, santan kelapa dan pewarna pandan. Manakala lapisan bawahnya berwarna putih dan diperbuat dari pulut.

Dahulunya, daun pandan dipakai sebagai pewarna dan lebih mudah diperolehi. Pada zaman sekarang, terdapat beberapa jenis kuih seri muka seperti durian, nangka, gula merah, pulut hitam dan keladi.

Sumber: Wikipedia

Lapisan bawah

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut (rendam 4 jam)
  • 2 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  2. Loyang lapik plastik.
  3. Toskan pulut. Masukkan dalam loyang.
  4. Campurkan santan, garam dan minyak masak. Gaul dengan beras pulut tadi.
  5. Ratakan dan kukus selama 20 minit.
  6. Selepas masak, padatkan pulut.

Lapisan atas

Bahan-bahan

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air pandan
  • sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan. Kacau dengan whisk sampai sebati.
  2. Tapis dalam periuk.
  3. Kacau atas dapur dengan api sederhana sampai agak-agak pekat sedikit.
  4. Tuang atas pulut tadi dan kukus 20 minit.
  5. Penutup kukusan ikat dengan kain supaya air tidak menitik atas kuih.
  6. Setelah masak, buka penutup dan biar atas api sebentar untuk keringkan permukaan kuih.
  7. Selepas sejuk baru potong.

pulut seri muka pandan

Sumber: Sharina Bidin




Hakcipta iluminasi.com (2017)