Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Temosa atau karipap ikan merupakan sejenis karipap yang mengandungi isi ikan yang dibuat sebagai inti.

Temosa dibuat serupa seperti karipap lain, namun ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda.

Ia juga mempunyai rasa yang lebih berlemak dan tidak pedas.

Temosa popular di pantai timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Terdapat juga temosa dengan sambal ikan.

 

Temosa (Karipap Ikan)

Kredit foto: Amie Samuri (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Inti/ serunding

 

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang rebus (5 ekor)* - diasingkan tulang
  • Kelapa muda (1/2 biji)* - optional
  • Bawang besar (2 biji)*
  • Bawang putih (3 ulas)*
  • Cili api (2 ulas)* - jika gemar pedas, boleh dihiris
  • Air (2 cawan)
  • Serai (2 batang) - diketuk
  • Garam halus (1 sudu)
  • Gula (3-4 sudu)

 

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan berhuruf condong* dengan air.

2. Ketika sedang mendidih, masukkan serai. 

3. Apabila inti temosa hampir kering, masukkan garam halus.

Nota: Mula-mula letakkan setengah sudu, jika kurang masin baru tambah sedikit demi sedikit. Inti ini menjadi tidak sedap jika terlalu masin. 

4. Masukkan gula. 

 

Nota: Masak tidak perlu kering kerana mahu ada rasa 'lembab-lembap'.

 

Kulit

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1/2 kg)
  • Mentega (50g buku) - dicairkan dengan sedikit minyak (pemilik resepi guna mentega kerana kehabisan marjerin)

➡ Tidak perlu letak garam kerana mentega sudah masin.

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan mentega yang panas tersebut digaul dengan tepung sehingga berketul-ketul halus.

Nota: Maksudnya, ia betul-betul sebati dan tepung tersebut menjadi warna kekuningan.

2. Kemudian, gaulkan dengan air sejuk.

Nota: Boleh gunakan air sejuk dari peti ais atau mesin Coway, asalkan sejuk untuk rangupkan kulit.

3. Jangan uli terlalu keras atau lembut, sedang-sedang sahaja. Kemudian, rehatkan.

Tips: Pemilik resepi gemar uli ketika masak inti supaya doh tersebut boleh direhatkan.

temosa ikan 1

 

Nota:

✔ Kelim kulit dibuat bertujuan mengelakkan dari temosa terbuka ketika digoreng.

✔ Walaupun kelim mengambil masa yang lama, hasilnya berbaloi kerana ia boleh dibekukan dan dikongsi bersama ahli keluarga.

 

Sumber:

1. Roziyana Rahmat [1, 2]

2. Wikipedia Karipap (Temosa/Karipap Ikan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)