Oleh pada 20 Apr 2019 kategori

Jelurut, selurut, clorot, celorot, cerorot atau celurut merupakan sejenis makanan ringan tradisional (kuih) dari tepung beras manis dan lembut dengan santan, dibalut dengan janur atau daun kelapa muda dalam bentuk kon.

Ia merupakan sejenis snek manis tradisional yang biasanya boleh didapati di Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Di Jawa, ia dipanggil sebagai clorot atau celorot dan selalu dikaitkan dengan jajan pasar tradisional Jawa.

Di Bali dan Lombok di Indonesia, ia dipanggil sebagai cerorot.

Sementara itu, di Brunei dan di negeri Sabah, ia dipanggil sebagai jelurut.

 

Kuih Jelurut (Cerorot)

 

Bahan-bahan:

  • Daun nipah muda (secukupnya)
  • Lidi/pencungkil gigi yang belum digunakan atau pencucuk sate
  • Gunting

teknik menggulung daun kelonsong kuih cerorot

Teknik menggulung daun ini dipanggil kelonsong kuih cerorot

 

Ketika proses nombor 4, cucuk lidi di bahagian bawah daun/bahagian yang dicantum tadi supaya kelonsong terlilit rapat dan adunan kuih tidak tumpah dari kelonsong.

 

Bahan-bahan A:

  • Air santan (1000ml) - hasil perahan 4 biji kelapa parut
  • Santan pekat (3-4 sudu makan)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Gula apong (250g)
  • Daun pandan (3 helai) - disimpul

 

Cara penyediaan:

1. Didihkan air santan bersama gula, garam dan daun pandan.

2. Tutup api dan masukkan santan pekat tadi. Ketepikan dan biarkan suam.

 

Bahan-bahan B:

  • Tepung beras (500g) 

➡ Beras direndam sehingga betul-betul kembang lalu dikisar halus dan diayak

 

Cara penyediaan:

1. Tuangkan air santan yang telah dididihkan tadi ke dalam tepung beras tadi. Gaul sehingga sebati.

2. Kemudian, tapis.

3. Simpan dalam jag air supaya proses tuang adunan ke dalam kelonsong menjadi lebih senang.

4. Panaskan periuk kukusan dan tambahkan beberapa helai daun pandan (disimpul) bagi memberikan aroma kuih tersebut.

5. Susun kelonsong tadi dalam periuk yang tinggi supaya mudah untuk kelonsong tersebut berdiri. Ini bagi memudahkan proses ketika mahu menuang adunan ke dalam kelonsong tersebut.

6. Apabila air dalam periuk kukusan telah mula menggelegak, sudah tiba masanya untuk proses mengukus.

7. Kukus sehingga kuih masak dalam tempoh anggaran 25-30 minit.

Tips: Jika kurang yakin, periksa semula. Cucuk di tengah-tengah kuih sehingga ke dasar kelonsong. Jika kuih tidak lekat pada lidi, ia bermaksud kuih tersebut sudah masak dan boleh siap dikeluarkan dari periuk pengukus.

 

Sumber:

1. Ain Farehan [1, 2]

2. Wikipedia Jelurut




Hakcipta iluminasi.com (2017)