Karipap atau juga disebut sebagai epok-epok atau tepung bawang (Johor) merupakan sebuah kuih yang menjadi kegemaran ramai. Karipap tradisional adalah lebih rapuh dan sedap berbanding karipap pusing yang cepat muak kerana pastrinya yang lebih menyerap minyak. Apa-apa pun, ianya bergantung kepada selera masing-masing.
Untuk intinya pula, anda boleh membuat tambahan daging di dalamnya serta rasa yang agak pedas. Pastri yang baik mestilah rapuh dan rangup, meskipun karipap anda telah sejuk.
Terdapat juga adunan doh yang diletakkan jus limau kasturi. Namun, fungsi limau kasturi tersebut tidak pula diketahui.
Karipap Rangup
Kredit foto: Ija Kurnia (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)
Bahan-bahan:
- Tepung gandum (1 kg)
- Minyak (1 cawan)
- Marjerin (1/2 cawan)
- Inti karipap
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan marjerin sehingga bunyi berdesir.
- Tuangkan minyak panas ke atas tepung.
- Ramas adunan dengan hujung jari dan diratakan.
- Gunakan air dan sedikit garam semasa menguli. Jangan terlalu banyak air, nanti doh menjadi lembik.
- Uli sehingga menjadi doh dan tidak lekat di tangan.
- Canai doh dan letak inti mengikut kehendak masing-masing samada inti kentang atau sardin.
- Goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit foto: Nor Ainie (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)
Kredit foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)
Kredit foto: Eyda Fyda (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber:
1. Ahli MAHN