Ramai yang tidak tahu bahawa kengsom juga merupakan asam pedas. Ia dipanggil kengsom di Thailand dan merupakan salah satu menu yang sangat popular di sana. Selalunya kita tengok ramai yang gunakan ikan siakap untuk masak kengsom bukan? Tetapi, kali ini mari kita cuba masak kengsom ikan merah pula sebab nampak menarik sangat dengan resepi yang mudah tanpa bahan yang sukar dicari. 

Bahan-bahan yang dikisar:

9 tangkai cili kering (dibuang biji )

3 tangkai cili merah (dibuang biji)

15 biji cili api merah menyala

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

3 biji bawang Holland

7 ulas bawang putih

3 batang serai

1 inci belacan

1/4 dari sebiji nanas muda

3 helai daun limau purut

Bahan-bahan lain:

1 kg ikan merah segar

Air asam jawa secukup rasa

1 biji limau nipis – ambil jus sahaja

3/4 dari sebiji nanas muda

Kangkung secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Bahan-bahan yang telah dikisar tadi, hendaklah ditumis dengan sedikit minyak hingga naik bau .
  2. Kemudian, boleh masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  3. Selepas mendidih, anda boleh masukkan hirisan nanas.
  4. Masak bahan-bahan tadi sehingga mendidih, tambahkan air asam jawa dan perahan jus limau.
  5. Masukkan garam, gula, penyedap rasa jika perlu .
  6. Seterusnya, masukkan ikan dan biar hingga masak.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba! 

Sumber : Fastabiqol Khoirot




Hakcipta iluminasi.com (2017)