Oleh pada 15 Dec 2019 kategori

Cha bang ang merupakan sebuah pencuci mulut yang menggunakan bahan yang mudah. Jika dibuat sendiri, pastinya ia lebih puas dimakan kerana harga semangkuk kecil menu ini boleh dijual dengan harga RM15.

Untuk cincau, gunakan jenis yang manis biasa sahaja. Namun, anda juga boleh gunakan cincau yang mempunyai pelbagai perisa. 

Untuk resepi bonus kali ini, kami kongsikan pencuci mulut tiga rasa inspirasi dari Thailand yang kelihatan mudah tetapi mempunyai rasa yang nyaman. Setiap suapan dilengkapi dengan gabungan rasa masin, masam dan lemak.

Cha Bang Ang

Bahan-bahan:

  • Cincau manis - dibeli dalam tube
  • Gula karamel - gula perang (1 cawan) dimasak dengan air (1 cawan)
  • Selasih (3 sudu besar) - direndam air panas
  • Ais

Susu (campur semua goncangkan):

  • Susu segar penuh krim (full cream) (2 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)
  • Susu pekat manis (3 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Garam (secubit)

Cara penyediaan:

Campurkn semua dan mix well together. Siap.

cha bang ang 1 151

Resepi Bonus: Soft Dessert

soft dessert 1

Lapisan bawah/sebelah:

  • Tepung beras (85 gram)
  • Air (600ml)
  • Air kapur (1 sudu teh)
  • Gula merah hancur (100 gram)
  • Gula putih (60 gram)
  • Esen pandan (1 sudu teh) - optional

Cara penyediaan:

  1. Kacau tepung sebati dengan gula merah dan gula putih dahulu. Kemudian, baru masukkan semua bahan. Tapis masuk dalam periuk.
  2. Buka api sederhana. Kacau sahaja sehingga mulai memekat dan kecilkan api. Kacau sehingga ianya likat dan berkilat. Angkat dan terus masukkan dalam bekas kecil. Ketepikan.

Lapisan atas:

  • Susu cair (250ml)
  • Air (50ml)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Perisa lemon (1 sudu teh)
  • Tepung beras (1 sudu makan)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau dan buka api sederhana sehingga adunan mula memekat. Tutup api.
  2. Masukkan ke dalam bekas tadi dan tabur bijan sangai secukupnya. Sejukkan dalam peti selama 2 jam untuk sedap dimakan.

soft dessert 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Acik Siti [1, 2]

2. Rozita ZuitaAisyah [1, 2]

Sumber informasi: Puteri Bongsu Biha [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)