Oleh pada 19 Feb 2017 kategori

Bahan-bahan

  • 2 cawan strawberi, dipotong empat
  • 4 biji kiwi, dipotong dadu
  • 2 biji mangga / mempelam, dipotong dadu
  • 2 biji pisang, dihiris
  • 2 cawan bluberi
  • 2 sudu besar madu
  • Perahan 1 biji limau nipis

Cara-cara Penyediaan

  1. Masukkan kesemua buah-buahan yang telah dipotong ke dalam satu mangkuk salad.
  2. Untuk sos dressing, campurkan madu dan jus limau nipis di dalam satu mangkuk kecil.
  3. Tuangkan dressing ke serata buah dan gaulkan kesemua bahan.
  4. Boleh dihidangkan.

Tonton cara membuatnya dalam video berikut.

Sumber: Tasty

Boleh juga gantikan dengan buah lain seperti nenas, epal atau anggur. Sama juga tahap kesedapannya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)