Sardin merupakan salah satu hidangan popular terutamanya ketika mahu berjimat. Namun, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ia boleh dibuat sendiri dan prosesnya juga mudah.
Paling penting, ia terjamin dari segi kebersihan dan halal. Selain ikan sardin, anda boleh menggunakan ikan tamban, ikan makerel (mackerel) atau ikan mata besar.
Jika menggunakan periuk biasa, anda perlu masak selama 3 sehingga 4 jam. Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
Untuk resepi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 tupperware.
Sardin Homemade
Bahan-bahan:
- Ikan sardin (2kg)
- Tomato puree (1 tin)
- Cili kisar (2 senduk)
- Bawang kisar (2 senduk)
- Air asam jawa (1 cawan)
- Sos cili (1 botol)
- Garam
- Serbuk perasa
- Cuka
- Minyak - untuk menumis
Cara-cara membuat:
- Tumis bawang kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puree.
- Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun tidak mengapa kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
- Masak dalam 60 minit. Tulang ikan akan lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Nota: Resepi ini merupakan hasil perkongsian asal oleh Nurliyana Ana Ana.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Norlela Abdul Lahak [1, 2]
Sumber informasi: