Oleh pada 04 Mar 2020 kategori

Cili jeruk merupakan sebuah hidangan pelengkap yang boleh dinikmati dengan menu seperti mi sup dan lain-lain. Berbeza dengan sesetengah cili jeruk yang lembik, resepi ini menghasilkan cili jeruk yang rangup.

Untuk mendapatkan cili jeruk yang lebih enak, gunakan cili besar putih yang digunakan untuk membuat solok. Untuk mendapatkan cili jeruk yang rangup pula, cili perlu direndam dengan air kapur.

Jangan rendam dengan air panas terlalu lama supaya tidak lembik. Jika menggunakan air panas yang menggelegak, 5 minit sudah mencukupi.

Cili Jeruk

Bahan-bahan:

  • Cili hijau - dipotong nipis

Cara-cara penyediaan bergambar:

cili jeruk 1

1. Cili hijau sebelum dipotong.

2. Potong nipis seperti ini.

3. Masukkan dalam sejat dan cuci cili. Kacau dengan sudu sehingga biji cili tertanggal.

4. Inilah hasil cili yang cantik tanpa biji supaya cili jeruk boleh dimakan tanpa was-was.

5. Inilah biji cili yang perlu dibuang.

6. Selepas basuh sehingga bersih, rendam dengan air panas selama 5-10 minit dan toskan.

cili jeruk 2

7. Masukkan dalam besen atau bekas. Masukkan cuka, air masak, garam dan gula. Pemilik resepi titis stevia untuk menggantikan gula. 

8. Kacau sebati.

9. Simpan dalam bekas. Ini belum simpan lagi dan cili sudah berubah warna.

10. Inilah hasilnya selepas 5-6 jam setelah bahan-bahan tadi dimasukkan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Naeamah Balqis [1, 2]

Sumber informasi:

1. Ohh Paih [1, 2]

2. Hanisah Hazlin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)