Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Pizza adalah makanan segera yang amat terkenal pada masa kini. Biarpun banyak restoran pizza seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza dan Domino;s Pizza, sekali-sekala tak salah untuk anda buat pizza sendiri di rumah.

Siapa kata anda perlukan ketuhar untuk membakar pizza? Resepi ini akan mengajar anda cara untuk membuat pizza menggunakan kuali sahaja.

Bahan untuk 5x pizza:

  • 1 kg tepung gandum 
  • 2 cawan air suam
  • 1 peket mauripan
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu gula
  • secubit garam

Cara penyediaan: Uli bahan-bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit.

Bahan topping:

  • sos pasta tradisional (jenama bebas)
  • boleh letak macam-macam topping (hotdog / ayam / cendawan butang / nanas / tomato / cheese / seafood)

Cara penyediaan: Tumis bawang holland dan bawang putih. Apabila telah wangi, masuk bahan basah yang lain contohnya ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.

Langkah membuat:

1. Gaul tepung dengan minyak.

2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Apabila sudah tidak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan 1 jam.

Tips: Sukatan air perlukan 2 cawan, tuang mauripan dalam 1 cawan air, masuk secubit gula. Selepas 2-3 minit apabila sudah muncul buih-buih, campur dan uli tepung jadi doh.

3. Selepas 1 jam, doh tadi sudah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tersebut biar anginnya keluar.

4. Bahagi doh kepada 5 bahagian atau lebih.

5. Bentukkan doh. Apabila telah elok, bulat dan leper, letak atas kuali.

6. Masak api kecil sahaja. 10-15 minit mengikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tidak perlu letak minyak atau lapik, masak sahaja doh tersebut atas kuali.

7. Jika anda mahu kerak pizza tersebut rangup, perlu masak doh tersebut dahulu sebelum isi topping.

8. Jika mahu ia lembut dan gebu seperti roti, letak topping atas doh mentah dan baru masak. Susun siap-siap atas kuali supaya senang kerana tidak perlu hendak angkat-angkat doh tersebut. Topping tersebut berat. Nanti berat dan susah hendak letak atas kuali atau pan.

9. Cheese tersebut ambil masa 3-4 minit untuk cair.

Tips:

1. Untuk cepat, buat guna roti nan atau arab.

2. Resepi doh ini juga boleh digunakan untuk membuat donat, roti dan pau.

pizza kuali 2

Sumber: Murni Rahmat




Hakcipta iluminasi.com (2017)