Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Sardin merupakan sebuah menu kegemaran ramai yang boleh dijadikan pelbagai jenis hidangan seperti sardin masak kari, inti karipap, sardin masak lemak dan masak sambal sardin cili padi. Anda boleh menghidangkannya dengan nasi panas, telur dadar atau dicicah dengan roti.

Sambal sardin berserta telur enak dimakan dengan pulut kukus yang digaul santan. Pulut tersebut juga boleh dimakan dengan sambal bilis dan dibungkus dalam daun pisang seperti nasi lemak. Menu ini dikenali sebagai pulut sambal.

Pulut tersebut perlu direndam pada waktu malam dan dikukus pada waktu pagi. Kemudian, ia hendaklah digaul dengan santan dan garam.

Sardin Sambal Telur

Bahan-bahan:

  • Telur (3 biji)
  • Sardin (1 tin)
  • Bawang besar (2 biji) - dipotong bulat
  • Cili kisar

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan sardin ke dalam bekas, buangkan tulang dan lenyek-lenyekkan isi sardin.
  2. Masukkan telur dan sedikit garam ke dalam bekas. Kacau sebati sardin, telur dan sos sardin.
  3. Panaskan minyak. Dengan menggunakan sudu, ambil bancuhan telur dan sardin, dan goreng. Ulang sehingga bancuhan habis. Ketepikan.
  4. Menggunakan minyak baru, tumis bawang besar sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Kuantiti cili kisar terpulang kepada masing-masing.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan kepingan telur sardin tadi. Kacau secara perlahan-lahan sehingga rata dan siap untuk dihidang.

sardin sambal telur 1

sardin sambal telur 2

sardin sambal telur 4

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]

2. Namakucella (namakucell.blogspot.com) [12]

3. My HomeRecipes (hanizahomerecipes.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)