Oleh pada 17 Mar 2019 kategori

Kuih bakar merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia lazimnya berwarna hijau disebabkan menggunakan daun pandan sebagai pewarna. Ia turut berbau harum wangi pandan.

Kuih bakar lazimnya agak manis dan berasa telor.

 

Kuih Bakar Pandan Hangus

Kredit foto: kredit (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah) 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Gula (1/3 cawan)
  • Air pandan (1 cawan)
  • Santan (2 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Minyak masak (1 sudu)
  • Pewarna hijau (sedikit)
  • Bijan

 

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan-bahan sehingga sebati.

2. Sapu minyak pada loyang dan masukkan adunan tepung tadi dan bakar sehingga masak.

➡ Pemilik resepi menggunakan suhu 160° bakar selama 20-25 minit. Namun, ia mengikut ketuhar masing-masing.

 

Resepi Bonus: Kuih Bakar Gebu 

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Telur (1 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Pandan paste dan santan (2 cawan)
  • Garam (sedikit)

 

Cara penyediaan:

1. Campur sekali, pukul sehingga sebati dan bakar.

2. Mula-mula panaskan acuan atas dapur alis dengan minyak.

3. Setelah panas, masukkan bancuhan dan tabur bijin.

4. Selepas itu, bakar dalam ketuhar suhu atas 200c bawah 180c.

Nota: Jika ketuhar betul-betul panas, dalam 45 minit telah masak.

5. Kisar pandan.

Nota: Tidak menggunakan pewarna kerana bau pandan ini sudah semerbak.

 

Nota tambahan:

✔ Cawan bergantung kepada jenis cawan yang digunakan.

➡ Jika menggunakan standard 1 cawan, anggaran telur dalam 2 atau 3 biji telur.

✔ Bergantung juga kepada gred telur. Pemilik resepi selalu beli gred B.

➡ Bancuhan dapat hasilkan 2 biji atau 3 biji kuih.

✔ Bergantung kepada kuantiti yang dituang dalam acuan.

➡ Kalau penuh mungkin dapat 1 biji, jika isi separuh mungkin dapat 2 biji.

✔ Bergantung juga kepada saiz acuan. 1, 2 dan 3. Pemilik resepi menggunakan acuan saiz 1 iaitu paling besar.  

 

Sumber:

1. Suraya Harun Narasit [12]

2. Siti Aishah Mohd Hamid [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Bakar




Hakcipta iluminasi.com (2017)