Oleh pada 31 May 2019 kategori

Bebola ikan adalah sebuah hidangan di China yang popular terutamanya di selatan China, Hong Kong, Macau, serta di bahagian Asia Tenggara, dan di kalangan masyarakat Cina di luar negara.

Ia dibuat dengan pes ikan dan direbus dalam air rebusan seperti sup, atau digoreng celur (deep fry). Ia juga lazim di negara-negara Nordik.

Bebola ikan dimasak dalam pelbagai cara di Malaysia dan Singapura. Ia boleh dihidangkan dengan sup dan mi seperti gaya Chiuchow atau dengan yong tau foo. Ia juga boleh dihidangkan dengan mi yang dipanggil mee pok.

 

Bebola Ikan (Fish Ball) Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Isi ikan belida (300g) - anggaran yang didapat

Tips: Jika mahu dapatkan bebola ikan putih jernih, guna ikan tenggiri atau ikan merah. Janji isinya putih. Jika guna isi ikan kembung, rasanya tiada masalah, tetapi warnanya sedikit kelabu.

  • Tepung jagung (2 sudu)
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

 

Cara-caranya:

1. Asingkan isi ikan

➡ Pertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.

Nota: Ikan belida direbus sebentar sahaja kerana mahu asingkan tulangnya yang halus dan banyak. Jika ikan lain, buat mentah-mentah sahaja.

➡ Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus bebola ikan nanti.

 

2. Hancurkan isi ikan

➡ Guna food processor untuk hancurkan isi ikan, kaupkan sisa ikan yang tidak hancur di tepi food processor. Pastikan semua isinya hancur lebur.

Tips: Jika tiada 'food processor', boleh juga gunakan pengisar kering yang kecil.

➡ Sudah siap, jangan jadikan bebola dahulu kerana ia perlu dikenyalkan. Jika tidak, bebola ikan yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.

 

3. Masukkan bahan lain

➡ Apabila telah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah.

 

4. Bentukkan bulat-bulat dan rebus

➡ Basahkan tangan dengan air supaya bebola ikan tidak melekat di tangan. Cubit sedikit doh dan bulatkan menjadi bebola. Kemudian, masukkan bebola ke dalam air sejuk (ais) bagi mengekalkan kekenyalannya.

➡ Panaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih, masukkan dalam air mendidih. Apabila telah terapung, baru angkat dan toskan.

Tips: Jangan rebus terlebih lama, bebola ikan akan menjadi terlalu kenyal.

➡ Siap dan boleh disimpan, digoreng atau dibuat sup.

bebola ikan homemade 1  

 

Sumber:

1. Cahaya Malaika Khaira [1, 2]

2. Wikipedia Fish Ball




Hakcipta iluminasi.com (2017)