Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Dodol merupakan sejenis hidangan yang dapat dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis atau manisan/penganan.

Dodol amat popular di Melaka dan Muar, Johor. Proses pembuatan dodol dapat dianggap sangat rumit. Ramai orang sering mencuba untuk menghasilkannya namun tidak semua yang boleh membuat dodol yang berkualiti tinggi.

Lazimnya, mereka yang pandai menghasilkan dodol ini ialah golongan yang telah berumur. Amat jarang generasi muda pandai menghasilkan dodol.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan dodol ialah santan kelapa, tepung beras, gula pasir, nisan/gula Melaka dan garam.

Dodol berasal dari Jawa Barat, Republik Indonesia. Sekarang, dodol adalah suatu hidangan manisan yang sangat popular dan disukai di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Sri Lanka. 

Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula Melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut.

Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang dilakukan berterusan selama anggaran 3 sehingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai.

Hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan bertukar menjadi melekit, pekat dan manis. Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya ketika hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji.

Terdapat pelbagai versi dodol yang berbeza sama ada dari segi warnanya yang majoritinya berwarna perang gelap, hijau dan kuning ataupun dari segi lain.

Rasa dodol turut diperbanyakkan, tetapi versi rasanya yang sering dimakan merupakan durian, kelapa dan pisang.

 

Dodol Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Santan pekat (1½ cawan) dicampur tepung pulut (1½ cawan) - digaul menggunakan whisk sehingga sebati
  • Gula merah/gula melaka (1 cawan) dicampur gula pasir (½ cawan) - dimasak sehingga larut dengan air (secawan)
  • Garam (secubit)
  • Beras pulut (1½ sudu besar) - dikisar halus atau disangai dahulu juga boleh 

Tips: Pemilik resepi tidak sangai kerana mahu cepat. Kisar betul-betul halus. Namun, pemilik resepi kisar tidak berapa halus, kerana suka gigit beras yang kasar-kasar.

 

Cara membuat:

1. Masukkan air gula dan tepung pulut yang dicampur santan tadi dalam kuali. Gaul rata dengan api perlahan.

2. Masukkan garam secubit. Gaul sehingga separuh pekat.

3. Masukkan beras pulut yang dikisar untuk menaikkan bau dodol disamping memberi rasa yang lazat. Apabila sejuk, ia tidak keras, kekal kenyal dan lembut.

4. Kemudian, gaul sebati sehingga betul-betul pekat dalam tempoh sejam untuk elakkan dari berkerak.

5. Setelah pekat dan kental, boleh tuang dalam bekas yang dialas daun pisang. Tunggu sehingga sejuk, baru boleh potong dan makan.

dodol homemade 1

 

Nota: Resepi ini senang tetapi agak meletihkan kerana ia perlu digaul tanpa henti selama sejam, jika cuma menggunakan kuali dan dapur gas seperti pemilik resepi.

 

Sumber:

1. Sarifah Rozitah [1, 2]

2. Wikipedia Dodol




Hakcipta iluminasi.com (2017)