Untuk menyediakan hidangan ini, sotong katak sebaiknya digunakan berbanding sotong jarum kerana badannya lebih besar sedikit. Anda juga boleh mencampurkan kentang rebus dalam telur hancur.
Selepas sumbat telur tersebut, bahagian atasnya boleh dicucuk dengan lidi. Jika tidak dicucuk dengan lidi juga boleh. Kepala sotong perlu disumbat dengan kemas.
Sambal Sotong Sumbat Telur (Sotong Sumbat)
Bahan-bahan utama :
- Sotong
- Udang
- Telur
Bahan kisar:
- Bawang besar (2 biji)
- Serai (2 batang)
- Bawang putih (2 ulas)
Bahan-bahan lain:
- Lada
- Daun bawang
- Gula
- Garam
- Cili kering
- Sos tiram
- Sos cili
- Sos tomato
Cara-cara penyediaan bergambar:
1. Masukkan sekali telur, udang cincang, lada cincang dan daun bawang cincang.
2. Gaulkan sebati. Tambahkan sedikit garam. Mengikut resepi asal, lada hitam sepatutnya diletakkan.
3. Masak sebentar.
4. Tumis cili kering dan bahan kisar tadi.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
6. Perasakan gula dan garam. Pemilik resepi tidak menggunakan Ajinomoto.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.